Suka Blog Ini?

Ikut Dengan Email

Hati Seorang Isteri

09 November 2006

Aku Letih Dan Penat...!

Photobucket - Video and Image Hosting


Hari nie…9.11.2006…sukan SK Bukit Gemuruh kali pertama diadakan…walau diadakan secara tergesa-gesa dan kecil-kecilan…namun ianya cukup meriah…sejak awal pagi…kawasan sekolah dipenuhi oleh ibu bapa dan penduduk kampung berdekatan…seawal 8.30 pagi acara dimulakan…!

Suasana cukup meriah…pelbagai aksi dan gelagat peserta dapat dilihat…ada yang menjerit…ada yang bertepuk…memberi sokongan dan semangat kepada para peserta rumah masing2…termasuklah aku…yang mungkin terover banyak… dalam memberi sokongan moral… aku memang begitu setiap kali sukan…kerana aku memang minat bersukan sejak dari bangku sekolah…hinggalah aku menjadi guru sekolah…!

Kerana bilangan murid yang terhad…maka hanya ada 3 buah rumah sukan sahaja…Biru, Kuning dan Hijau… aku menjadi guru rumah
Hijau…agak malang…rumah Hijau menduduki tempat kedua keseluruhan…kalah hanya disebabkan kekurangan markah dalam acara hiasan rumah sukan… sejak dulu lagi…aku cukup tak suka bab menghias rumah sukan…masa sekolah menengah dulu…aku tak pernah terlibat dalam aktiviti menghias rumah…dan cikgu tak pernah marah dan paksa aku…sebab aku atlit harapan … kalau cikgu marah aku lebih-lebih…aku protes tak datang latihan rumah dan boikot tak nak masuk acara…jadi…nak tak nak…cikgu buat tak reti klau aku tak datang masa menghias rumah…!

Terdapat juga acara untuk golongan ibu bapa dan belia serta beliawanis… aku masuk acara 4x100 m antara kampung…aku mewakili SKBG dan dapat nombor 3…gambar kat atas adalah gambar aku sedang berlari dan hampir dipotong oleh peserta dari Kampung Paya Buluh…gambar tue diambil oleh Sutera Biru…dan atas sebab2 kesihatan…hanya bahagian leher ke bawah sahaja yang diambil oleh dia…maka terserlahlah perut aku yang mulai memboroi tue…!

Walau letih dan penat…masing2 gembira kerana segalanya berjalan lancar…bagi guru2 SKBG yang dah lama mengajar kat sini…inilah pengalaman pertama mereka dalam menganjurkan kejohanan sukan tahunan…bagi aku…dah acapkali terlibat dalam menganjurkan sukan termasuklah semasa di maktab dulu… masih banyak kecacatan di sana sini yang perlu diperbaiki pada masa akan datang…belajar dari pengalaman…dan dari pengalaman akan dapat menghasilkan kesempurnaan…!



Photobucket - Video and Image Hosting

7 comments:

RaFFLeSiA MeRaH said...

time sekolah menengah dulu pun ader umah kaler2 camtu, tapi ader name pahlawan dulu2, aku umah biru, name umah tu dato'gajah, tapi x menangnyer 5 tahun duk umah tu...muehehehe...tak nampak gambar pun, kuku ko pun aku x nampak, ni pulak perut boroi ko, memang langsung x nampak...

ayu_mkay said...

jgnkan perut.. leher nko yang jinjang tu pun tak nampak kelibat...

maju sukan utk negara..! heheheh

Fadh said...

rafflesia merah & ayu_mkay : sabor laa...tok guru aku tgh meroyan...dia tak turun kan semua ilmu...takut anak murid melawan...nanti aku taruk gambor tue...ok...!

ZaKiN said...

jap arrr... sabor akak2 ku yg lawo2 belaka. dia mmg macam tue.. mana nak berkat ilmu kalo dok ngutuk aku hari2.. wakakka!!

nasib aku tak de gambor dia kalo tak awal2 lagi aku dah tayang kat blog aku.. huhuhu

Fadh said...

ok...atas bantuan maniq...akhirnya berjaya gak aku letak gambor perut aku yang tgh berlari...tima kaceh c fu maniq...to ceh...!

maniq : woooit...ko nak sabotaj aku plak yer...ko tgk aku...aku bela ko bila org tanya gambor ko ke tue...aku kata tak...sbb aku rodong ko...wargh wargh wargh...!

ZaKiN said...

rodong kunun.. dikutuknya kaw2 ada la.. huhuhu..

lihat la kawan2 betapa boroinya perot MR.FRJ yang selalu ngumpat aku kat belakang.. jgn korang termuntak plak udah ler.. aku tadi tak nak tolong dia tapi memandangkan aku la satu2nya rodong dia yang paling lawo kat muka bumi nih maka aku pun TERbantu la.. huhuhu..

mana nak menang kalo korang tgk perot dia yg berlari dulu.. terjuih2 ditiup angin.. wakakaka!!

Fadh said...

maniq : terima kasih di atas kutukan yang ko berikan pada aku...ternyata ko tolong aku tak ikhlas...ko tolong dgn niat nak kutuk aku...tak pe...ko kutuk laa aku banyak2...moga2 bertambah pahala aku hasil dari kutukan yang ko kutuk aku tue...!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...