Suka Blog Ini?

Ikut Dengan Email

Hati Seorang Isteri

28 October 2006

Sms Raya Yang Aku Terima 2...!

Kali kedua aku masukkan sms raya yang aku terima...saja suka-suka...sebagai bacaan kalian dan penghargaan untuk teman-teman yang sudi kirim ucapan untuk aku... :-

Nurhazrienti(adik ipar aku) : pelita dipasang penaik seri, ramadhan diganti dgn aidilfitri,mesej pendek penganti diri, tanda dirimu sentiasa diingati.

Adi Nor Jaafar(Leader group prepaid4u) : pom pai put alai na kap mai ko ping pon pai samprok khun dah tirak alai noi kap. malai put chan rat "SLMT HARI RAYA" kop khun kapp. (ntah apa2 ntah...tak paham aku)

Ahmad Zakuan(member team futsal)Rohani Abd Rani(Cikgu SK Kemayan) :dlm kerendahan hati, ada ketinggian budi, dlm kemiskinan harta, ada kekayaan jiwa, dlm kelembutan lidah ada juga keterlanjuran kata, dalam gurau senda tentu ada khilaf dan dosa. selamat hari raya aidilfitri, maaf zahir dan batin.

Zamri(member team Kerayong FC) : seiring salam seharum "GANJA", kasih sepening "WHISKY", dgn hati seputih "SYABU" dan sejernih "ICE B2", walau pun ada dosa sekecil "EXSTACY", salah dan silap harap dimaafkan, dari 5 jari+5 jari hingga ke hati..Selamat hari raya maaf zahir dan batin.

Asmawi Harun(member dari tadika sampai ting.5 dan pengurus team futsal) : takbir bergema di pagi nan sunyi, menyambut syawal dan aidilfitri, sms dihantar penganti diri, bermaafan di hari yang mulia ini. selamat hari raya maaf ahir dan batin.

Hasbullah Shafie(member sekolah) : Ikan talapia ikan patin selamat hari raya maaf zahir dan batin.

Abg. Nua(Tokeh Futsal) : jambangan indah lagi berseri, menjadi hiasan di aidilfitri, sms dikirim penganti diri, tanda ingatan tak layu di hati. selamat hari raya maaf zahir dan batin.

Ahmad Fadluddin(member team futsal dan Kerayong FC) : pasang pelita di aidilfitri, nampak halaman berseri-seri, sms diberi penganti diri, segala silap mohon dimaafi. selamat hari raya maaf zahir dan batin.

Zawari Mohd Nor(cikgu SMK Kemayan)(4 sms raya dari dia) : aidilfitri hari mulia, disambut dengan penuh meriah, bakar lemang di malam hari, rendang dimasak emak mertua, walaupun jauh di pandangan mata, silaturrahim dieratkan jua. selamat hari raya maaf zahir dan batin.

Nadirah Abdul Kadir(cikgu SK Bukit Gemuruh) : lapar puasa terketar2, bila berbuka lega rasanya, kad raya tak sempat nak hantar, cara sms pun dah kira ok lah ya. selamat hari raya maaf zahir dan batin.

Fasyalinawati Sulaiman M Nor(cikgu SK Bukit Gemuruh) : masak lemang sambil berdiri,hendak dimakan di aidilfitrin nak hantar kad raya posmen dah cuti, sms sahaja boleh ku beri. selamat hari raya maaf zahir dan batin.

Sarimah Kassim(cikgu SK Chatin, mentakab) : Makcik yati, pak yahya, berhati-hati di jalan raya, ikan pari ikan tilapia,selamat hari raya, masak gulai ikan patin, maaf zahir dan batin.

kepada teman-teman yang turut menghantar sms raya seperti shazarul, abd. razak adam, sharum nizam, zainab abdullah, sharuddin sulaiman(penulis skrip drama"fitri oh fitri), zeheri said, azman tan, yami, nordin daraman, mohd fadhil, aida suria, normiliya daud, kalsom desa, farina hafiza, julaiha dolah, mohd. anuar, wan azizan, ahmad hafizullah, ali kassim, rosnah hj norani, wan mohd tarmizi, hodin biau, zaizuzaidi, wan hadzrami najmi, wan mimi erida dan rosdi mamat... aku ucapkan bebanyak terima kasih...!

Dan ini sms yang aku balas : Ya Allah...awal Syawal yang barkah ini, muliakan saudaraku yang sedang baca sms nie...bahagiakan keluarganya, sihatkan tubuhnya,berkati rezekinya,kuatkan imannya...beri kenikmatan ibadah, jauhkan dari firnah...suburkan benih KEISLAMAN dengan penuh rasa kasih sayang tanpa alasan...Amin Ya Allah...Amin...Selamat Hari Raya Aidilfitri...Maaf Zahir dan Batin.

Aku balas semua sms yang aku terima malam raya...tapi....arrrghhhh...hampeh...satu pun tak dihantar sebab semuanya "message sent failed"...bengang aku...tak pasal2 malam raya aku naik angin...semuanya gara-gara..."traffic jam" sbb ramai sgt yang hantar sms kot...pagi raya tue sesudah solat...aku try anta dan berjaya kesemuanya...pengajaran untuk aku...raya tahun depan balas sms awal...jangan tunggu malam raya baru nak hantar atau balas...!

6 comments:

ZaKiN said...

aku pon hantar sms raya gak kat ko .. aku rasa aku paling banyak ucap selamat hari raya kat ko.. tapi ko tak peduli pon.. wakakkakkaka.. tak abis2 ngan raya dia. wat aku jeles jer.. huhuhu

Fadh said...

maniq : mana ade ko anta sms kat aku...no handset aku pun ko tak tau...camne nak sampai sms tue...wargh wargh wargh

ayu_mkay said...

samalah kita... byk sgt terima sms raya... itu tanda kita dlm ingatan mereka mereka semua...

ingat nak anta gak sms raya kat AMDS tapi laluan jem lah... tak sempat sampai dah raya dah.. hehehe

RaFFLeSiA MeRaH said...

haáh...kita pun dpt byk sms raya, tapi semua dah delete, x sempat nak salin kat blog...tapi line ok jer kat kg kita...antar sms x der aper masalah pun...

khairyn said...

aku dapat sms raya tapi tak moh balas. Sebab? Mahal beb balas sms raya dari sini 12p sekali antor. lebih kurang 1.04sen mahal mahal...

tapi depa tahu aku tetap menghargainya. Itu yang penting

Fadh said...

ayu_mkay: betul tue...zaman dah canggih...klau dulu pakai kad raya tapi sekrang nie sms raya je...apa yang penting tanda ingatan

rafflesia merah: mgkin kat tempat ko traffic ok...kat tempat aku mmg problem...nak call pun kena 5-6 kali dail baru leh cakap.

khairyn: tak pe laa...yang penting ko ingat kat diorang...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...