Suka Blog Ini?

Ikut Dengan Email

Hati Seorang Isteri

21 October 2006

Aku...Lagu Raya dan Nostalgia...!

Hari nie...21.10.2006...Ramadhan makin ke penghujung dan Syawal mengamit tiba...pastinya umat Islam kini sibuk dengan persiapan raya...bagi aku...persiapannya sama seperti tahun-tahun sebelumnya...sederhana dan serba ringkas...!

Semasa aku menulis n3 nie...aku dengar suara maniq...ceria dan gembira je...tapi dalam hati hanya dia yang tau...aku bukan nak tulis pasal maniq...mungkin ada di antara kalian rasa hairan kenapa aku selalu selitkan nama maniq dalam n3 aku...ntah aku pun tak tau cuma aku rasa mesra dan gembira berinteraksi dengan dia di alam maya nie...!

Pastinya di saat nie...hati dan perasaan kita...dibuai rasa sayu, hiba, sedih, gembira dan macam-macam lagi...semuanya berbaur dan menjadikan kita pasrah...bagi yang merantau...pastinya tak sabar-sabar untuk pulang ke kampung halaman...mana yang terpaksa bertugas...pastinya sayu dan pilu menjelang syawal nie... lebih-lebih lagi bila terdengar lagu-lagu raya dan bila berkumandangnya takbir nanti...!

Bagi aku...lagu-lagu raya kini makin hilang nostalgianya terutama lagu-lagu yang baru...ntah aku pun tak tahu apa sebabnya...aku dengar lagu raya seperti aku dengar lagu-lagu yang lain... mungkin ada di antara kalian yang juga berpendapat begitu... dan mungkin jua sebaliknya... puas dah aku fikirkan... kenapa aku boleh berpendapat sedemikian... seolah-olah aku nie tak de perasaan...atau tak menghargai sambutan Aidilfitri...!

Tapi bila aku renung kembali...aku dapat satu jawapan yang bagi aku ada logiknya... pertama, peredaran zaman...kita kini hidup di zaman serba moden dan canggih...kini, lagu-lagu raya berlambak di pasaran... mudah diperolehi... dalam pelbagai bentuk... KASET, CD, MP3, RINGTONES, RADIO dan pelbagai lagi... kalau dulu... susah nak dapat... dengar pun melalui radio... kedua, dulu stesen radio yang ada hanyalah RTM...tapi sekarang berlambak stesen radio... tumbuh bak cendawan selepas hujan... dulu... bila diumumkan saja esok hari raya... maka berlumba-lumbalah DJ putarkan lagu raya... tapi kini... berlumba-lumba DJ-DJ stesen radio siarkan lagu raya... kalau tak silap aku... 2-3 tahun yang lepas... hari nie tengok anak bulan Ramadhan... dah ada DJ stesen swasta yang putarkan lagu raya... kemaruk bebenor... nasib baiklah kini... banyak pihak yang bersuara dan langkah-langkah untuk menjaga kesucian Ramadhan telah diambil... kalau tak silap aku... tahun nie... lagu raya hanya dibenarkan ke udara selepas minggu kedua berpuasa... iaitu mulai minggu ketiga berpuasa...!

Dalam banyak-banyak lagu raya sekarang nie...bagi aku... lagu raya zaman kanak-kanak dulu gak yang best... lagu raya yang baru semuanya tak best... bagi aku...yang best dan tetap ada nostalgia ialah lagu-lagu nyanyian Ahmad Jais, Saloma, P.Ramlee, M.Nasir, Sudirman, Sharifah Aini, DJ Dave, Rahimah Rahim, Rafeah Buang, S.Jibeng, Hail Amir, Uji Rashid, Latif Ibrahim dan ramai lagi orang-orang lama yang tak dapat aku sebutkan satu persatu... lagu-lagu nyanyian mereka sentiasa mengusik kenangan setiap kali Syawal menjelang.

Setiap kali menjelangnya Syawal... rutin aku sama saja... semasa orang lain sibuk nak balik kampung... aku hanya menanti kepulangan kakak-kakak dan abang-abang aku... sebabnya aku memang dah duduk dan tinggal kat kampung aku... ramai gak member-member yang tak tahu asal usul aku bertanya..."raya nie balik mane?"... aku jawab "tak balik ke mana-mana sebab hari2 aku balik kampung"... semasa bujang dulu... aku memang tak berhajat nak cari pasangan hidup yang jauh-jauh... kampung isteri aku cuma 25km je dari kampung aku... dekat bebenor... setengah jam dah sampai... bagi aku... aku seronok begini... tak yah nak berbalah... raya nie nak raya kat mana... atau guna sistem giliran... tahun nie kampung suami... tahun depan kampung isteri... tiap tahun aku akan beraya kat kampung aku... lepas sembahyang raya... baru balik kampung isteri... sehari dua sebelum raya... aku hantar isteri aku balik kampung dia... tolong mak dan abah dia apa yang patut... aku pulak... tolong mak dan ayah aku buat persiapan raya... malam raya... aku ambil isteri aku balik rumah...!

Ada juga teman-teman yang berkahwin dengan orang yang jauh... mereka kata aku tak de pengalaman lah beraya kat tempat orang... tapi aku ada alasan aku sendiri... aku tak sanggup nak drive beratus-ratus kilometer... dengan kesesakan lalulintas... dengan harga petrol meningkat... dengan nak bayar tol lagi... yang paling aku takut... risiko kemalangan terutama di musim perayaan... dan sebab yang paling utama ialah aku tak nak berpisah dengan mak dan ayah aku terutama di pagi raya... kalau boleh sampai bila-bila... tapi mustahil ianya berlaku... tiba masanya mereka tetap pergi menemui Illahi...!

Walau apa pun... ini hanyalah pendapat aku sahaja... kalian tentu ada pendapat masing-masing... terserah pada kita untuk memilih yang terbaik untuk kehidupan kita... semoga kalian semua berbahagia di pagi raya nanti...!

6 comments:

khairyn said...

Assalamualaikum.

Tak taulah apasal hari ni malas sangat nak belajar. Mood raya dah datang kot, lebih2 lagi dok dengar lagu raya je kat blog2 orang. Memanglah syahdu. Lagi2lah dengar lagu arwah Sudirman (orang kita gak nih) kat blog awok.

Bab nikah kawin ni, koi rasa semuanya Allah yang tentukan, Dia yang letak jodoh tu duduknya dekat ke jauh ke. Kalau dah jauh tu terpaksalah berkompromi. Nak buat macamana lagi?

Aisey, bertambah syahdu dok dengar lagu Sudirman ni berulang2. Berat dah hati ni, teringatkan mak ngan abah. Nak buat macamana, tak boleh balik sebab sekolah. Lagipun tak de duit nak beli tiket kapaitebang yang beribu riban harganya.... sebab tu koi suka lagu Kurung Biru (walaupun baju kurung raya advance tahun ni bukan warna biru) hehehe...

Fadh said...

waalaikumsalam... apa boleh buat...terpaksalah berkorban untuk masa depan...lagu nie koi tujukan awok...yang jauh di perantauan... menuntut ilmu untuk membela nasib diri...keluarga...bangsa dan agama... selamat berjaya koi ucapkan pada awok...moga tabah sokmo...!

ZaKiN said...

Woitt.. bro,huhuhu.. aku nih biler sampai time raya paling bengang pk nak pasang lagu apa. tapi mcm yg bro tau.. aku musti suka pasang lagu sepasang kurung biru-KJJ pastu ngan sanisah huri- bersabarlah sayang.. yang baru aku kureng sikit.. macam tak berahi nak dengar.. wakaka..!! Apa pun.. moga tahun nih hari raya bro meriah. walaupon 25 km jer.. tak perlu perang saudara.. tapi moga segalanya selamat..!! huhuhu.. duit raya untuk kiter dah ader?? ekeke..

Fadh said...

Maniq : harapan aku pun camtu gak...moga semuanya selamat sejahtera hendaknya...duit raya untuk ko aku tak sediakan sbb ko kuat merajuk...wargh wargh wargh

ayu_mkay said...

mmg byk kenangan lagu2 raya nih.. nak plak lagu raya dedulu tuh... fuhhhhhh tangkap wa cakap luuuu..

apa pun kenangan hanya tinggal kenangan...

Azhar Ahmad said...

Tapi perasan tak, lagu dulu lebih banyak yang gembira dari yang sedih. Berbeza sekarang nih...

p/s Berpk, apa perasan org dirantau dengar lagu Ku Pohon Restu Ayah Bonda oleh Mamat...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...