Suka Blog Ini?

Ikut Dengan Email

Hati Seorang Isteri

15 October 2006

004 : Aku Cuti...!

2 hari aku tak masuk dalam blog dan menulis apa-apa…Jumaat aku cuti… cuti rehat khas yang diberi kepada para guru sebanyak 7 hari setahun…Sabtu, aku balik kampung isteri…dan ari nie aku masuk blog semula.

Cerita pasal cuti ari Jumaat lepas…aku bukanlah saja-saja cuti atau sakit…aku cuti sebab aku ke KLIA…menunggu ketibaan ayah pulang dari melakukan umrah…aku ke Sepang menaiki kereta milik ayah…Nissan Sunny keluaran 1985…bersama abang, mak dan anak aku yang berusia 3 tahun…Dari rumah pukul 11.30 pagi dan tiba di KLIA pukul 2.30 ptg…melalui Batu Kikir, Kuala Pilah dan masuk Highway Plus di Senawang…abangku yang memandu jadi kesempatan tu aku gunakan untuk memerhati sekeliling sebab selalunya mataku hanya tertumpu ke hadapan sebab aku yang memandu…!

Sepanjang perjalanan pelbagai panorama yang dapat aku saksikan, pelbagai gelagat manusia yang dapat aku perhatikan…semasa melalui Kawasan Rehat Seremban…aku dapat sms dari teman sekerja mengatakan Maniq “on-air” sampai kul 4 ptg…aku tukar siaran…dapatlah dengar suara pembaca blog aku yang pertama…!

Sampai KLIA…kami cari tempat parking berbumbung…pusing punya pusing…parking kat B G 8…tu pun tinggal satu je tempat kosong…yang lainnya penuh…risau aku masa abang aku nak parking…bukan apa… kiri kanan semuanya kereta mewah…sebelah kiri kereta BMW 3 series dan belah kanan Mercedez mata belalang… kalau terlanggar atau bergesel mau kena saman…tak pun berabis duit nak bayar ganti rugi…bila aku keluar je dari kereta…aku perhatikan semuanya kereta mewah yang parking kat situ…kereta ayah aku je yang paling tak mewah…terlintas gak rasa rendah diri tapi bila fikirkan balik…aku bersyukur dengan apa yang ada sebab dulu usahkan kereta second- hand…motor cabuk pun ayah aku tak mampu nak beli…kira ada kemajuanlah orang tua aku nie…masa dia muda dulu…jalan kaki je…pas tu naik basikal…kemudian naik motor Honda kapcai…pastu dia beli motor baru…Honda Ex5…dan sejak 3 tahun yang lepas… ayah aku beli kereta nie dengan harga RM 8,000/-…hasil dari tanah yang mula dia terokai pada zaman dia naik basikal tua lagi…aku jadi makin sedar…inilah yang dikatakan kehidupan…sentiasa berubah…!

Kami sampai pukul 2.30 ptg…sedangkan penerbangan ayah dijangka sampai pukul 4.05 ptg…jadi kesempatan yang ada…aku bawa anak aku jalan –jalan sekeliling balai ketibaan, balai berlepas dan anjung tinjau…biar dia tengok dan dapat belajar apa yang patut…supaya tak jadi macam aku…usahkan nak rasa naik kapal terbang…jejakkan kaki ke KLIA nie pun baru kali yang ketiga…kali pertama masa hantar anak sedara aku yang sulung belajar di UK dan kali kedua hantar anak sedara yang kedua belajar di German…itu pun 3 tahun yang lepas…Aku jadi teruja tengok kapal terbang turun naik depan mata…walau jauh tapi ok laa…selama nie tengok kapal terbang lalu atas kepala je…aku ingat masa aku sekolah rendah dulu…kalau dengar bunyi kapal terbang lalu…semua pakat serbu keluar…nak tengok kapal terbang…siap lambai lagi…cikgu tak marah pun sebab mereka tau…proses pembelajaran tak semestinya dalam bilik darjah je…kat mana-mana pun proses pembelajaran boleh berlaku…masa aku belajar kat Maktab Perguruan Kota Bharu dulu…selalu gak tengok kapal terbang sebab Lapangan Terbang Pengkalan Chepa dengan maktab tak jauh…sebelah je…selalunya masa kuliah kalau kapal terbang nak naik atau turun memang bising…pensyarah terpaksa berhenti kejap bercakap…pas tu baru sambung balik… tapi masa tue…aku tak lah lari keluar bilik kuliah…walau rasa teringin nak tengok…tapi terpaksa control…sebab takut kena gelak… Anak aku plak…langsung tak heran tengok kapal terbang…mungkin dia tak reti apa-apa lagi atau mungkin dia nie nanti…naik kapal terbang macam naik bas masa aku pergi sekolah dulu…ntah laa…budak-budak…!!!

Kemudian masa nak tunggu ayah aku keluar dari pintu ketibaan…anak aku mula buat perangai…dia nak gula-gula…dia tarik tangan aku ajak ke sebuah kedai yang jual pelbagai jenis coklat dan gula-gula…aku pun turutkan dia…sampai kat kedai tu…dia tunjuk kat satu patung coklat M&M…macam pelajar AF4 dapat masa kat dalam akademi…aku pun belek tanda harga…mak aiii…mahalnya!.terkejut beruk aku…kalau beruk tengok…aku tak tau laa plak terkejut apa…RM 120/- untuk satu patung yang kat dalamnya ada coklat warna-warni…aku cuba pujuk anak aku supaya beli yang lain…aku ingatkan ada laa yang kecik dan murah…tapi tak de yang murah pada pandangan aku…aku bukannya tak de duit…RM500/- aku bawak dalam dompet tapi aku rasa tak berbaloi beli benda macam tu sampai beratus harganya…kalau aku berbuka kat Hotel Pan Pacific sebelah KLIA nie pun … mau tergolek kekenyangan aku makan hidangan buffet…aku pun terus blah…anak aku mula nak menangis…siap nak guling kat lantai lagi…tapi bila aku renung dengan renungan yang tajam kat dia…terus tak jadi dan terus dia ikut aku walau dengan esak tangis yang perlahan…anak aku nie walau nakal tapi kalau aku kata tak boleh…dia tak berani nak melawan…kalau ngangis pun…perlahan je…antara dengar tak dengar…!

Lama gak tunggu ayah aku keluar…kapal terbang tiba pukul 4.05 minit tapi dekat pukul 5 petang baru nampak bayang ayah aku…bila nampak je ayah tengah tolak troli…aku terus meluru masuk… salam dan cium tangan dia…perasaan aku masa tu berbaur…gembira ada…terharu pun ada gak…air mata mula rasa nak menitis tapi aku control …bergenang air mata kat kelopak…terasa syahdunya pertemuan nie…aku tatap wajah ayah…terasa kasih sayangnya mengalir dari redup matanya…aku suruh anak aku salam dan cium tangan ayah aku…aku tengok ayah aku siap peluk dan cium cucu dia…aku makin terharu…pas tu…abang aku plak salam dan cium tangan dia…masa nie aku ok lagi…tapi bila mak aku salam dan cium tangan ayah aku…aku dah tak boleh tahan…cepat-cepat aku tolak troli dan pandang tempat lain…bukan apa…kalau aku tengok mau bercucuran air mata aku…betapa dalam kasih sayang antara mereka…betapa tulus dan suci cinta mereka walau dulu mereka berkahwin atas aturan keluarga…bukan pilihan hati…namun tetap kekal bahagia hingga ke anak cucu dan moga terus berkekalan hingga ke akhir hayat…pada mulanya…mereka akan pergi berdua tapi kesihatan mak aku tak mengizinkan… tambahan pula tangan kanan dia patah sebab jatuh tangga bulan 8 dulu…jadi terpaksalah ayah aku pergi sendirian…mungkin ada rezeki tahun depan…mereka akan pergi umrah bersama…sebenarnya ini kali ketiga ayah aku ke Tanah Suci…kali pertama tahun 1989…sendirian dan tahun 1993 bersama mak dan arwah wan…!

Kami beredar meninggalkan KLIA pukul 5.15…selepas aku bayar parking selama 2 jam 6 minit sebanyak RM9/-… sebelum ke kereta…aku beli coklat jenama yang sama tapi dalam bekas kecil dan biasa…RM7.90 kat kedai sebelah kaunter bayaran parking…untuk anak aku…aku tengok dia senyum dan kembali ceria…dalam perjalanan pulang…singgah kat Masjid Nilai…solat Asar dan kemudian ke Bazar Ramadan…beli juadah untuk berbuka…kami berbuka di Tol Senawang…kat tepi jalan…kalau tengah jalan…kena langgar dek lori plak…makan bekalan nasi…ikan tilapia goreng dan juadah yang dibeli…aku tengok mak cukup berselera makan…sepanjang pemergian ayah ke Tanah Suci…mak memang tak de selera nak makan…ada satu petang tue…mak berbuka dengan nasi dan telur goring je…walau aku ada beli ayam, ikan, sotong dan udang tapi mak kata dia tak berselera…mungkin dia teringatkan ayah…masa berbuka tue…dapatlah aku merasa kurma gred A…ayah aku cakap mahal…sebekas tue harganya 40 riyal…memang sedap…manisnya lain…kalah kurma Yusof Tayob yang aku beli sebungkus RM10/-…aku tengok ramai yang singgah kat situ untuk berbuka…tapi aku heran gak…ngape tak solat dulu lepas berbuka…mungkin mereka nak cepat…tapi tiada urusan yang lebih penting selain dari solat…Selesai solat…kami bertolak pulang ke rumah…!

Kami tiba pukul 10.30 malam… sampai je aku tengok ayah cukup ceria…semua beg dibuka dan dikeluarkan semua barangan yang di beli…ditunjukkan pada anak aku…gambar dia naik unta…dan dia berpesan kat anak aku…jangan nakal-nakal dan belajar rajin-rajin supaya nanti dapat naik kapal terbang dan dapat jejakkan kaki ke Tanah Suci…dulu dia pesan kat aku perkara yang sama…tapi dulu aku malas dan banyak main…sebab tue aku periksa SPM 2 kali…namun aku bersyukur dengan apa yang aku ada, miliki dan nikmati kini…walau tak mewah tapi cukuplah untuk aku sekeluarga…!

Demikian coretan sehari aku ke KLIA…betapa negara kita kini semakin maju dan pesat membangun…tapi…apa yang aku terkilan dan kesalkan…kekayaan dan kemewahan banyak dimiliki oleh bangsa lain…bangsa aku boleh dikira dengan jari...memandu kereta mewah atau turun dari pesawat…termasuklah aku sendiri…sesungguhnya bangsa Melayu memang ketinggalan dan mungkin makin jauh ketinggalan berbanding bangsa lain…Dan dalam hidup nie…kasih sayang …hormat menghormati…ikatan kekeluargaan amat penting…kerana tanpa kasih sayang, hormat menghormati dan ikatan kekeluargaan…maka jadilah kita orang-orang yang rugi…andai kalian masih punyai ibu bapa…kasihilah mereka seadanya kerana apabila mereka tiada kelak…kita akan jadi manusia yang kehilangan sesuatu yang tak mungkin dapat dikembalikan lagi…Hargailah setiap detik bersama ibu bapa kerana detik itulah yang akan kita kenang…jagailah mereka sebaik mungkin kerana suatu hari nanti kita juga akan mengharapkan anak-anak kita menjaga kita bila kita tua nanti…!!!

2 comments:

Azhar Ahmad said...

Saya baca tulisan incik. Best, pasal kapal terbang tu, dulu teringin sangat nak naik. Sekarang, bila dah semakin tinggi aras pengetahuan, semakin kerap pulak naik. Cuma tingat kat abah dengan mak, bilalah derang nak naik kapal terbang...

Pasal menyambut abah tu. Ummm... kalau saya mau bercucuran. Siries. Ego saya memang ada, tapi saya kalah ngan abah dan mak...

Last sekali pasal berbuka puasa. Saya pun pelik juga sekarang nih. Semua berlumba2 makan dahulu sebelum solat maghrib. Kadang terfikir, kusyuk ke semayang dengan perut yang penuh. Dan dari dulu lagi, abah dah ajar. Buka puasa, dengan air sejuk, kurma dua biji. Pastu semayang.... dan barulah makan juadah...

Rindu dengan abah dan mak...

ZaKiN said...

Bro aku masih disini,
Nilai kasih syg seorang ayah.. tiada tandingannya. aku tak henti2 berbicara tentang abah kerana aku tahu.. satu hari nanti dia pasti tinggalkan aku.

uikss.. pasal kat klia nih.. tue blom cuba uji try test makan.. huhuhu haru biru rasanya. mahalnyer....

bro, email tue salah ker.. try send tapi tak bley..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...