Suka Blog Ini?

Ikut Dengan Email

Hati Seorang Isteri

11 October 2006

002 : Tentang Aku...!

Aku manusia biasa...sama seperti kalian...cuma mgkin aku ketinggalan jauh ke blkng berbanding kalian dlm arena blog nie...namun aku akan tetap berusaha untuk terus ke hadapan...

Aku dilahirkan kira-kira 29 tahun yang lalu di sebuah daerah terpencil...di sebuah negeri yang terkenal dengan lagenda sejarah pahlawan terbilang seperti Tok Gajah, Dato Bhaman dan Mat Kilau. Aku berasal dari sebuah keluarga besar 10 adik-beradik namun 2 adik beradik aku lebih disayangi Allah..mereka meninggal waktu dilahirkan...aku yang bongsu...Aku dibesarkan dalam serba kekurangan..maklumlah adik-beradik ramai...sedangkan ayahku hanya kerja kampung manakala ibuku seorang suri rumah sepenuh masa...namun aku bersyukur dilahir,dibesar,dididik dan segalanya dengan sempurna walau serba kekurangan...

Genap usiaku 7 tahun, aku jejakkan kaki ke alam persekolahan di sebuah sekolah yang bernama SK Kerayong...meniti hari-hari kanak-kanak...penuh suka duka, pahit maung dan bermacam rasa dan pengalaman yang aku lalui...terima kasih yang tidak terhingga kepada guru-guru yang telah mendidikku dengan sebaik mungkin...kepada Cikgu Ngatinam...yang mengenalkan aku dengan A,B,C...Cikgu S.Karala yang mengajar aku 'yes, no, thank you'... Cikgu Ahmad Kassim yang tegas mengajar aku 1,2,3 dan kepada cikgu-cikgu yang pernah mengajar aku dan tidak ku sebutkan nama mereka di sini...maaf dipinta..bukannya lupa tapi aku hanya insan kerdil yang serba kekurangan...mana mungkin dapat ku nyatakan kesemua cuma ucapan terima kasih yang teramat dari ku kepada kalian semua moga diri kalian sentiasa mendapat kesejahteraan dan keredhaan dari-Nya.

Tahun 1990...aku melangkah ke alam persekolahan menengah di SMK Mengkarak...kali pertama berpisah dengan ayah dan ibu kerana aku secara paksa dan berat hati tinggal di asrama... di sini, segalanya baru serta mencabar...aku susuri laluan perjalanan hingga ke tingkatan 5...namun malang bagiku kerana aku hanya layak mendapat SAP dalam spm 94 kerana tidak cukup syarat...namun berkat nasihat, dorongan, galakan dan bimbingan dari keluarga, guru2 dan teman ...aku hadapi SPM utk kali kedua...kali ini aku lebih bersedia, lebih yakin dan bersemangat...alhamdulillah aku lulus dengan 17 aggregate, pangkat 1 dlm SPM 95...
Tahun 1996... aku terus mengorak langkah dalam mengharungi kehidupan...aku diterima masuk untuk menjalani latihan perguruan selama 3 tahun di Maktab Perguruan Kota Bharu, Pengkalan Chepa, Kelantan...pertama kali menjejakkan kaki ke bumi Cik Siti Wan Kembang... aku pelajari adat dan budaya orang2 Kelate..aku betah menyesuaikan diri kerana antara orang Pahang dan Kelantan tiada banyak perbezaan...Selama 3 tahun di MPKB...Pelbagai kisah suka duka aku harungi...pengalaman yang mendewasakan aku...
1999...Aku tamat pengajian di MPKB...Ogos 99, aku ditempatkan di sebuah sekolah yang berhampiran dengan tempat tinggalku...SK Kemayan tempat pertama aku bertugas...mendidik dan mengasuh minda supaya menjadi insan berguna...2001, aku tamatkan zaman bujang dengan seorang gadis...pilihan hatiku sendiri...saat bahagia menempuh alam perkahwinan dikecapi bersama dengan penuh rasa kesyukuran...2001 jua mencatat lembaran duka dalam hidup aku... putera sulungku meninggal selepas beberapa jam dilahirkan kerana tidak cukup bulan...sebelumnya isteriku mengalami "turun darah" setelah 7 bulan mengandung...aku amat sedih dengan kematian anak yang dinanti-nantikan...namun aku akur segalanya kehendak Allah SWT...aku sebagai hamba... pasrah dengan ketentuan-Nya...2003, lahir putera keduaku...aku sambut kelahirannya dengan penuh rasa kesyukuran...Muhammad Haris Farhan...Itulah nama yang aku berikan kepada buah hati pengarang jantung ku selepas kematian putera yang sulung...
2006, aku berpindah dari SK Kemayan ke SK Bkt. Gemuruh(JHEOA)...satu pengalaman baru menjejakkan kaki ke sekolah yang baru... satu pengalaman baru kerana kesemua murid SK Bkt. Gemuruh adalah murid Orang Asli...mulanya agak kekok untuk mengajar mereka kerana masalah bahasa...tambahan pula aku mengajar Bahasa Inggeris...namun pepatah ada menyatakan "alah bisa tegal biasa"...setelah hampir setahun... aku betah menghadapi kerenah anak2 muridku...2006 juga aku mendapat cahaya mata ketiga...seorang putera walau puteri yang diharapkan...Muhammad Hakeem Danish pelengkap hidupku...
Demikianlah serba ringkas tentang aku... tiada apa yang menarik...andai terselit pengalaman yang bisa dijadikan pengajaran...gunakanlah utk kebaikan kalian dan andai ada keburukan...jadikanlah juga pengajaran yang berguna...bagi diriku, hidup perlu diteruskan kerana kita hanya mampu merancang apa yang terbaik untuk diri kita...namun segalanya ditentukan oleh Allah...segala yang terjadi...redha menerima kehendak-Nya..Sekian.

3 comments:

maniq kayangan said...

ermmm..cerita yg menarik.. terharu berbaur bangga. terharu kerana terlalu banyak rintangan dalam hidup ko(bley panggil cengitu erkk.. maaf cikgu.. hehehe)... namun aku bangga kerana ko ader semangat yg kuat yg jarang ada pada org lain. Dan paling aku bangga ko mengajar dikampung org asli.. satu tempat yg mungkin cikgu lain pk 2/3 kali untuk pergi..Aku pernah ada impian untuk ngajar bangsa aku sendiri.. namun aku beralih arah dalam bidang penyiaran.. so,Biar apa pun yang berlaku dalam hidup ko.. itulah cabaran yang mesti ko hadapi.. dan cabaran itu adakalanya pahit.. namun hasilnya pasti manis satu hari nanti..
chaiyok chaiyok cikgu..!!

ayu_mkay said...

arah tuju yg di pilih mmg mulia... teruskan semangat & perjuangan... tanpa pendidik yg bagus... tidak mungkin anak bangsa akan berjaya..

tak kira keje apa... asal hati mau ikhlas maaaaaaa...

caiyok caiyokkkkkk... (tiru ayat zac... jgn potong markah tau cikgu)

Azhar Ahmad said...

Uhum... setiap perkara yang berlaku di dunia ini ada sebabnya, ada balasannya...

Jadi, teguhlah pada janji Allah itu...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...