Suka Blog Ini?

Ikut Dengan Email

Hati Seorang Isteri

21 June 2016

311 : Jarang - Jarang Sekali

Saat aku mengetuk huruf di papan "keyboard", Ramadhan 1437H telah pun memasuki hari yang ke 16. 



Lama tak menjenguk blog ni. Hampir setahun aku tinggalkan. Entri terakhir bertarikh 16 Julai 2015. Jika dulu hampir saban hari blog ni aku tulis tapi kini ianya sepi dan suram. Inilah dinamakan peredaran masa. Dan aku salah seorang dari ribuan atau mungkin jutaan blogger yang menjadi mangsa.

Sebenarnya banyak kisah dan peristiwa yang telah berlaku dalam tempoh 2 - 3 tahun kebelakangan ini. Namun selera untuk aku menulis dan berkongsi kisah seakan mati. Biarlah segala kisah suka duka itu aku pendam sendirian. Andai nanti terbuka pintu hati untuk berkongsi kisah, akan aku coretkan di sini sebagai titipan putera-putera berenam dan iktibar buat pembaca sekiranya ada yang membaca catatan aku di blog ini.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...