Suka Blog Ini?

Ikut Dengan Email

Hati Seorang Isteri

16 October 2014

304 : Coretan Picisan

Gambar sekadar hiasan


Di sebuah warung di pinggir jalan kelihatan seorang lelaki pertengahan abad sedang khusyuk membaca akhbar. Renungannya tajam menelanjangi setiap butir perkataan yang tersusun rapi di atas kertas kitar semula. Sesekali dia mendengus melepaskan hembusan nafas yang berat sambil kepalanya digelengkan. Berat benar isu yang sedang cuba dihadamkannya.

"Pap", surat khabar dihempaskan ke atas meja. "Tak abis-abis...makin menjadi-jadi plak. Makin dibiar makin menggila plak Yahudi Laknatullah nie."Bentak lelaki itu sambil meraba koceknya mengeluarkan sekotak rokok 'Dunhill' lantas dikeluarkan sebatang dan dinyalakan. Disedutnya dalam-dalam dan dihembuskan asap keluar dari rongga hidungnya. Bagaikan satu kepuasan yang tidak dapat diperikan dengan perkataan bagaimana nikmatnya dapat menghisap rokok ciptaan Yahudi.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...