Suka Blog Ini?

Ikut Dengan Email

Hati Seorang Isteri

01 September 2014

303 : Merdeka Kali Ini

Afeef turut bersengkang mata menyiapkan basikal berhias
Entah semangat apa yang meresapi diri aku pada Merdeka yang ke 57 ini pun aku tak tahu. Apa yang aku sedar, aku begitu bersemangat untuk menyambutnya. Berlainan dengan merdeka sebelum ini di mana roh merdeka itu usahkan nak meresapi, nak bergenang ibarat air di daun keladi pun tidak.


Di hari pertandingan
Jika di entri kemerdekaan sebelum ini ada aku nyatakan bahawa aku tidak pernah menaikkan bendera sewaktu perhimpunan sekolah mahupun mengibarkannya di rumah atau di kereta. Namun merdeka kali ini, segalanya berubah. 


Bersama Ustaz Mohamed
Segalanya bermula apabila tema Hari Kemerdekaan yang ke 57 diumumkan. 'Malaysia, Di Sini Lahirnya Sebuah Cinta' membawa seribu pengertian dalam hidup aku. Sejak kecil aku mendengar lagu dendangan Allahyarham Sudirman yang tajuknya sama dengan tema kemerdekaan kali ini. Jika dulu liriknya sering bermain di bibir sehingga ianya sebati dalam diri. Kini, aku berazam untuk melahirkan kecintaan terhadap negara di hati putera-putera aku berlima.


Mengetuai Perarakan Basikal Berhias
Seminggu sebelum 31 Ogos 2014, aku telah mengarang dua buah sajak. Perkara yang jarang dapat aku lakukan sejak menjejakkan umur di lingkungan 30 an. Sajak yang pertama bertajuk 'Jika Merdeka Itu'. Sajak yang kedua bertajuk 'Di Sini Lahirnya Sebuah Cinta'. Aku pun tak pasti samada apa yang aku karangkan itu boleh dikategorikan sebagai sajak namun apa yang aku pasti ianya lahir dari rasa cinta kepada negara.


Menerima hadiah kemenangan dari GPK Hem, Pn Zahariah Hassan
Kemudian, aku bertungkus-lumus menghias dan menyiapkan basikal berhias untuk De bagi Pertandingan Basikal Berhias Sempena Sambutan Hari Kemerdekaan 2014 Peringkat SK Kerayong. Maka  aku pun men'google' gambar-gambar basikal berhias di internet untuk mendapatkan idea terbaik. Kemudian membeli barangan seperti bendera dan kertas tebal untuk proses menghias. 


Tersenyum bangga bersama hadiah dan basikal berhias
Dua hari aku gunakan untuk menghias basikal De. Jika dinilai dari segi hadiah memanglah ianya tidak berbaloi. Namun aku bukanlah memandang hadiah sebagai keutamaan. Apa yang aku titikberatkan ialah semangat bekerjasama di kalangan anak-anak yang turut sama membantu menghias dan sama-sama berkongsi pendapat serta sama-sama memberi idea masing-masing. Bagi aku, ini secara tidak langsung akan melahirkan bukan sahaja cintakan negara malah turut mengeratkan hubungan kekeluargaan. Alhamdulillah, basikal yang aku hias memenangi tempat pertama. 


Di pagi 31 Ogos 2014
Di pagi 31 Ogos 2014, aku menyertai Perbarisan Hari Merdeka 2014 peringkat Daerah Bera. Satu perkara yang tidak pernah aku lakukan sebelum ini. Namun tahun ini, aku merasa sangat teruja dan bangga kerana dapat menyertainya. Harapan aku, apa yang aku lakukan ini akan menjadi contoh tauladan kepada putera berlima dan juga kepada generasi yang akan datang.



Dengan berpakaian lengkap sepasang baju melayu unggu serta bersampin, aku bersama rakan yang lain sama-sama berbaris dang melangkah dengan penuh kesyukuran kerana kurniaan dari Allah maka bumi tercinta ini terus aman, makmur dan sejahtera. Moga kemerdekaan yang dikecapi kini hasil pengorbaan generasi lampau akan terus diwarisi. Untuk memastikan kemerdekaan ini terus diwarisi dan dinikmati generasi akan datang, usaha perlu dilakukan sekarang dan inilah sedikit usaha kecil dari aku.




MERDEKA!!!

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...