Suka Blog Ini?

Ikut Dengan Email

Hati Seorang Isteri

31 August 2014

302 : Di Sini Lahirnya Sebuah Cinta


Di sini lahirnya sebuah cinta
Berakarkan budi berumbikan akal
Menyantun pusaka warisan temurun.

Di sini sebuah cinta lahir
Bertunaskan kasih bersendikan sayang
Mengotakan janji menjulang bangsa.

Di sini cinta itu lahir
Memutikkan damai menguntumkan permai
Berpadu rasa pelbagai rencam.

Di sini lahirnya sebuah cinta
Dibina atas paksi keramat
Utuh berdiri dilanda badai
Tegap siaga mempertahan bangsa.

Fadhlur Rahman Jamaluddin
26 Ogos 2014
4 Cemerlang
SK Kerayong

301 : Jika Merdeka Itu



Jika merdeka itu dinilai pada tingginya bangunan

maka merdeka kita masih terjajah

oleh mata-mata sepet yang buas membolot.


Jika merdeka itu dinilai pada banyaknya kibaran bendera

maka merdeka kita masih lagi dibelenggu

oleh songsangnya budaya barat.


Jika merdeka itu ditafsir pada kuatnya gema sorakan

maka merdeka kita masih ditakluk

oleh tangan-tangan rakus merobek jiwa kerdil.




Fadhlur Rahman Bin Jamaluddin

23 Ogos 2014

SK Kerayong

26 August 2014

300 : Salam Aidilfitri 1435H


Alhamdulillah. Usai sudah kita berpuasa bagi Ramadhan 1435H. Semoga amal ibadat yang kita lakukan sepanjang Ramadhan 1435H akan diterima oleh Allah. Dan semoga amalan yang telah kita lakukan sepanjang Ramadhan 1435H akan berterusan sehingga ke akhir hayat. Insyallah...jika diberi peluang dan ruang oleh Allah, kita akan bertemu kembali dengan Ramadhan bagi tahun 1436H.

Setelah sebulan berpuasa, kini tibalah saat kita meraikan kemenangan kita melawan hawa nafsu. Dalam kemeriahan kita meraikannya, janganlah pula kita lupa dan alpa sehingga kita merayakan Syawal 1435H dengan berlebih-lebihan pula. Cukuplah sekadar apa yang perlu, bukan apa yang diingini. Dahulukan perkara yang penting, jangan diikutkan nafsu. Berbelanjalah dengan bijak.

Di kesempatan ini, aku mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin kepada semua pembaca dan pengunjung blog Aku Masih Di Sini. Sesungguhnya kita manusia biasa tidak lepas dari melakukan salah dan silap. Melakukan kesalahan dan kesilapan sememangnya menjadi lumrah hidup namun apa yang penting ialah kesanggupan dan keikhlasan hati kita untuk meminta kemaafan dan juga untuk memaafkan kesalahan orang lain. Semoga di hari dan bulan yang mulia ini, kita bersama menghulurkan kemaafan di atas kesilapan dan kesalahan yang telah kita lakukan. Dan kita dengan penuh keikhlasan, memaafkan pula kesalahan orang lain terhadap kita. Insyallah, hidup kita akan sentiasa dipelihara dan dirahmati oleh Allah.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...