Suka Blog Ini?

Ikut Dengan Email

Hati Seorang Isteri

25 April 2014

297 : Rasa Yang Dirasa


Merenung skrin monitor sambil otak berputar ligat mencari perkataan terbaik untuk menyusun ayat. Ya, amat sukar mencari perkataan terbaik untuk mengambarkan apa yang aku rasa kini. Beribu malah berjuta rasa yang sedang merajai dan cuba menakluki ruang hati dan pemikiran aku saat ini. Rasa itu berkecamuk sesama sendiri dan cuba meriakkan cetusan emosi yang seboleh mungkin aku cuba kawal kerana aku tahu setiap apa yang dicetuskan oleh rasa itu akan memercikkan api kemarahan yang akhirnya hanya akan memudaratkan diri aku.


Aku cuba menyusun rasa itu satu persatu agar aku dapat terjemahkan ia dengan kata-kata. Ternyata aku gagal untuk menzahirkan rasa itu melalui perkataan. Tidak, aku tidak bangsat untuk mencuba dan terus mencuba namun akal aku menyekat setiap perbuatan yang didetikkan oleh hati. 


Biarlah apa yang aku rasa ini angkara perlakuan orang lain terhadap aku, aku rasai sendiri tanpa perlu aku kongsikan dengan orang lain. Biarlah aku dilabel bangsat kerana berdiam diri. Bukan aku takut tapi biarlah Allah yang membalas dan semoga Allah memberikan petunjuk dan hidayah serta merahmati mereka.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...