Suka Blog Ini?

Ikut Dengan Email

Hati Seorang Isteri

02 December 2012

270 : Review : Harimau Malaya VS Garuda

Kesebelasan Utama

Malaysia menempuh laluan yang penuh ranjau untuk mempertahankan kejuaraan Piala AFF Suzuki yang dimenangai 2 tahun lalu. Tewas pada aksi pertama 0-3 di tangan Singapura memaksa seluruh rakyat Malaysia bangkit melaungkan amarah mereka. 

Pemain yang diludah Rajagopal namun dijilatnya kembali.

Bagai tersedar dari lamunan silam, Harimau Malaya bangkit membaham Laos 4-1. Kemenangan yang amat diperlukan bagi menghidupkan semula harapan mempertahankan kejuaraan.

Gerakan cantik pemain Harimau Muda.

Dan malam tadi, pertembungan antara hidup dan mati bagi Harimau Malaya. Kalah beerti berkecai harapan seluruh rakyat Malaysia. Menang beerti tempat  di separuh akhir terjamin. Alhamdulillah, Harimau Malaya menang dengan jaringan 2-0. 

Rajagopal, jangan mendabik dada di atas kemenangan 2-0 ke atas Indonesia kerana bukan anda yang melatih Wan Zack dan Mahali tetapi Ong Kim Swee. Kedua-dua gol Malaysia berpunca daripada gerakan pemain Harimau Muda.

Juruletih Eksperimen

Apabila pemain berada dalam 1 pasukan yang sama, berlatih bersama dan bermain bersama, maka keserasian dan persefahaman akan wujud di kalangan mereka. Perhatikan gol pertama, gerakan bermula dari Mahali menghantar bola ke Wan Zack, kemudian Wan zack menghantar ke belakang semula untuk Mahali membuat hantaran ke dalam kotak penaliti sebelum disudahkan oleh Alex. 

Pemain yang diasuh oleh Ong Kim Swee.


Perhatikan gol kedua, bagaimana Wan Zack dengan tenang mengawal bola dan menanti 'overlapping' oleh Mahali sebelum membuat hantaran untuk disudahkan dengan cantik oleh Mahali. Semua ini adalah kerana mereka bermain dalam satu pasukan iaitu Harimau Muda di Liga S. Rajagopal hanya menumpang tuah Ong Kim Swee.

 Pemain bergaji RM80,000.00????????????


Mengapa gandingan Mat Yo dan Safee tidak menjadi dalam 3 game peringkat kumpulan? Di antara mereka tidak ada persefahaman dan keserasian. Mereka bermain seolah-olah ingin membuktikan kehebatan masing-masing dengan bermain secara solo dan bukannya secara berpasukan. Tambahan pula kedua-dua pemain ini telah dikawal dengan ketat oleh pemain pertahanan pihak lawan.

Pemain yang mabuk publisiti?????????????

Semoga impian jutaan rakyat Malaysia untuk melihat Harimau Malaya menjuarai Piala AFF Suzuki 2012 buat kali kedua berturut-turut tercapai. Kepada semua pemain, buktikan kehebatan anda dan bermainlah demi negara tercinta. Kepada Ragagopal, andai Harimau Malaya menjuarai Piala AFF Suzuki 2012, anda bukanlah jurulatih terbaik Malaysia. Ingatlah jika pasukan menang, 90% adalah usaha pemain itu sendiri dan 10% adalah usaha anda. Jika pasukan kalah, 100% adalah kerana anda.


6 comments:

Anonymous said...

takpe biarla dua2 striker ni draw defended pihak lawan..biar kan pemain tengah kita buat score. cantik gak ape. hehe

Fadh said...

bayangkan jika semua bahagian berfungsi dan menjadi, pasti kita xkan dimalukan oleh Sungapore.

Don Balon said...

Salam rodonc..
harap2 striker thailand tak menjadi la semi nanti, sakit defense kita weh kuikui..
apapun thailand tak setara mana, boleh je kalah kala kena gaya kita main..
InsyaAllah..

Fadh said...

Don, koi rela Malaysia kalah daripada mendengar kata2 sombong dan bangga diri Rajagopal. Biar kalah jika kekalahan itu merupakan satu titik perubahan ke arah yang lebih baik.

Don Balon said...

:)

Keknye koi tak folo sangat interview dengan dia te..

Kala menang lagi piala kali ni, dapat tan sri la gamoknya kuikui

Fadh said...

Ong Kim Swee seminggu dok kt thailad utk intip kekuatan pasukan lawa tp dia boleh kata yg dia xsemestinya akan bekerjasama utk menyiapkan pasukan bg menentang thailand. berlagak ke x berlagak te?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...