Suka Blog Ini?

Ikut Dengan Email

Hati Seorang Isteri

03 August 2012

263 : Memburu Terbul

Lubuk Terbul
Sebenarnya aku baru belajar memancing ikan Terbul dari seorang sahabat. Sebelum ini, aku sekadar mendengar cerita bagaimana seronoknya memancing ikan Terbul. Pada mulanya aku tidak percaya dengan hanya berumpankan buah sawit yang sudah masak(dipotong kecil seperti dadu) boleh menambat hati Sang Terbul untuk meragut. Setelah menyaksikan sendiri dan mencubanya maka aku mula mempercayai dan sudah jatuh cinta.

Sabar menanti umpan diragut

Bersenjatakan sebatang pancing sepanjang 2 meter yang berharga RM 10.00, mata kail saiz 6, batu ladung bersaiz kecil, tali tangsi 10 paun dan pelampung, aku mengikut sahabat tersebut memburu ikan Terbul. Lokasinya di Sungai Triang. Setelah ditunjuk ajar serba sedikit, aku pun mencuba. Agak lama menunggu umpan diragut. Hanya ikan Seluang yang banyak bermain-main meragut umpan.

Ikan Terbul suka berenang di bawah batang kayu yang tumbang.

Tiba-tiba pelampung tenggelam dan secara spontan aku menyentap batang pancing. Alhamdulillah, mangsa pertama tewas di tangan aku. Ikan Terbul bersaiz 3 jari orang dewasa berjaya ditawan. Pada hari pertama, aku berjaya menawan 5 ekor ikan Terbul. Kejayaan hari pertama membuat nafsu aku makin membara. Dan pada hari kedua, aku sekali lagi turun ke sungai bersama sahabat untuk memburu ikan Terbul tetapi kali ini lubuk lain pula yang diduga. Dan hasilnya tidak mengecewakan. 5 beradik ikan Terbul tewas di tangan aku.

Menggunakan pelampung merupakan kaedah yang efektif untuk memancing  ikan Terbul.
Hasil tangkapan sebanyak 10 ekor itu akan diperkasamkan memandangkan ikan Terbul ini mempunyai tulang yang banyak serta halus. Apabila telah diperkasamkan dan digoreng garing, tulang-tulangnya yang banyak serta halus itu akan mudah dihancurkan apabila dikunyah nanti.

Hasil tangkapan.
Saksikan video yang aku rakam dan edit menggunakan telefon genggam berjenama Nokia E5 di bawah untuk mendapatkan maklumat tentang cara memancing ikan Terbul.

4 comments:

Nizam said...

Kene lubuknye.Bergasok la yek

Don Balon said...

Cari lubuk molek weh..
dapat setong Abu Garcia pun padan dah..
koi buat masak lemak cabe rawit pun sedak amat dah te weh kuikui

Fadh said...

Nizam :

klau ke lubuk nye mmg bergasok tp klau xde te, jenuh lalu nunggu nye hehehe

Don Balon :

goreng pun sodap...xpn buat perkasam.

Don Balon said...

koi belum sihat lagi weh..goreng2 ni menaboh ke batuk la kuikui..

pekasanc.. koi budu,belacan koi makan..
pekasam ni koi tre jugek 14 kali tak mboh masuk jugek dalam tekok..

masak lomak cili api la jawaknye weh..kuikui

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...