Suka Blog Ini?

Ikut Dengan Email

Hati Seorang Isteri

30 July 2012

261 : Guru Penyayang Budaya Kami

Entri lama yang terpendam tidak ber'publish'.
Banner Guru Penyayang Budaya Kami


Lama aku tidak menulis tentang kerjaya yang telah aku mulakan pada penghujung tahun 1999. Lama tidak menulis mengenai kerjaya sebagai seorang guru tidak bermakna aku tidak menjiwainya cuma kekangan masa dan kesibukan merutini amanah yang dipikul dijadikan alasan helah bela diri yang paling ampuh. 


Ketika menulis entri ini menggunakan handset Nokia E5 dan diterbitkan di blog ini melalui email, aku sedang mengawalselia murid-murid Tahun 6 yang sedang khusyuk menjawab soalan peperiksaan Matematik kertas 1. Melihat akan reaksi mereka menjawab soalan, terimbau kenangan waktu dulu-dulu ketika masih di bangku sekolah. Kenangan yang bisa membutirkan linangan airmata dek kerana rasa sebak, pilu dan terharu. Betapa kenangan itu amat indah dan amat mustahil untuk diulangi.

Aku dulu bersekolah dari darjah 1 hingga darjah 6 di SK Kerayong. Sekolah yang banyak berjasa dalam mendidik dan mengasuh aku. Kini aku kembali ke sekolah ini untuk menabur bakti setelah meninggalkannya pada 1989. Awal 2010, aku diarahkan bertukar dari SK Bukit Gemuruh ke sekolah ini. Arahan yang pada awalnya sukar untuk aku patuhi namun akhirnya aku rasa bersyukur dan bertuah kerana daripada beribu bekas pelajar sekolah ini, aku salah seorang yang berpeluang untuk menabur khidmat bakti.

Semoga aku dapat berkhidmat dengan jujur, amanah, berdedikasi dan ikhlas dalam mendidik anak bangsa.

2 comments:

Don Balon said...

Alhamdulillah..

Bukan senang nak balik menabur bakti di tempat asey weh..
Koi dah bertahun2 mencuba balik kerja di kawasan jengka/jerantut masih belum diberi kebenaran oleh Allah..
Moga Allah menjadikan kerjaya aok sebagai salah satu asbab aok ke syurga..Ameen..

Fadh said...

Insyallah.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...