Suka Blog Ini?

Ikut Dengan Email

Hati Seorang Isteri

23 July 2012

260 : Melentur Buluh

mengantuk sehingga tertidur
Saat entri ini ditulis, Ramadhan telah pun menginjak ke hari yang ketiga. Ini bermakna telah berlalu 2 hari di bulan yang penuh berkat. Semoga 2 hari yang telah berlalu, kita hiasi dengan amalan-amalan yang bermanafaat bukan sahaja untuk diri sendiri tetapi juga kepada keluarga dan masyarakat Islam.

Muhammad Haris Farhan@Angah telah pun berusia 9 tahun. Mula dilatih berpuasa penuh sejak berusia 6 tahun. Alhamdulillah... setelah dilatih untuk berpuasa, Angah berjaya melengkapkan puasanya. Semoga Angah terus tabah berpuasa tanpa culas.

Muhammad Hakeem Danish@De kini berusia 6 tahun. Jika Ramadhan yang lalu, dia masih diberi kelonggaran untuk berpuasa separuh hari, namun pada Ramadhan kali ini, dia mesti melengkapkan puasanya sehari penuh. Namun, permulaan yang agak mendukacitakan apabila dia tidak bangun sahur walau tidak berulangkali dikejutkan. Gara-gara tidak bersahur, dia gagal melengkapkan puasanya sehari. Menjelang tengahari, secara senyap-senyap, dia pun berbuka. Dengan bahang terik matahari ditambah pula dengan godaan dari adik-adiknya yang berenak-enakkan makan dan minum di hadapannya, dia tewas jua. Alhamdulillah, hari kedua, De berjaya melengkapkan puasanya penuh sehari. Semoga De terus tabah menahan lapar dan dahaga.

Sememangnya buluh mudah dibentuk semasa ianya masih rebung. Begitu juga dengan anak-anak. Mudah dididik dan diajar semasa kecil. Apabila sudah meningkat dewasa, semakin sukar untuk kita membentuk mereka menjadi mukmin yang sejati.

Seandainya Abah dan Mama telah tiada untuk menasihati dan mengajar Angah, De, Ateh, Andak dan adik yang bakal dilahirkan menjelang Syawal 1433H nanti, ingatlah sentiasa berpegang pada 2 perkara iaitu Al-Quran dan As-Sunnah. Insyallah, anak-anak Abah dan Mama tidak akan sesat di dunia dan di akhirat nanti.

2 comments:

Don Balon said...

Anok koi Uwais (7 thn) dan Umair (6 thn) mula posa tahun lepas. Dapat 20 hari lebih masing2..

Tapi tahun ni baru 3 hari dan 2 hari masing2.. sebab mula dengan demam. Koi pun mula hari kedua posa dah demam, bawok moto pulok tu gi komuter kajang.. masa kena hujan lebat, lenjuet, masa balik tengahari, tbakor kulit..

Takde hey la weh..semmer dugaan Allah blaker tu, mende la sangat berbanding dugaan akhirat nanti..

Tahniah koi ucapkan ke aok sebab mula awey.. :)

Fadh said...

Alhamdulillah...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...