Suka Blog Ini?

Ikut Dengan Email

Hati Seorang Isteri

27 June 2012

257 : Mimpi Ngeri


Aku bermimpi berada di kalangan sekumpulan manusia yang kesemuanya lelaki. Aku terpinga-pinga melihat mereka bagaikan menanti sesuatu. Kemudian seorang demi seorang menjerit kesakitan. Aku lihat mata, telinga, hidung dan anggota badan mereka tercabut bagaikan ditarik oleh suatu kuasa ghaib. Bahkan anggota dalaman seperti jantung, paru-paru, hati dan otak juga tercabut satu persatu. Jerit pekik kesakitan kedengaran di mana-mana. Keadaan menjadi huru-hara. Masing-masing cuba melarikan diri.

Tiba-tiba aku rasakan badanku menjadi panas bagaikan dibakar api. Mataku berair dan terasa bagai ditarik oleh sesuatu yang tidak kelihatan. Jantungku berdegup kencang dan aku rasakan ianya semakin laju berdegup. Aku kegelisahan bagai cacing kepanasan. Aku menjerit kesakitan dan sayup-sayup kedengaran bacaan ayat-ayat Kursi. Aku meraba-raba mencari arah datangnya suara itu. Tanganku tersentuh sesuatu dan lantas menekan butang 'stop' pada papan kekunci telefon genggam Nokia E5. Aku beristighfar sambil berfikir apakah maknanya mimpiku itu.

"Ya Allah, adakah mimpi ini datang dariMU? Jika benar, ampunkanlah dosa-dosa yang telah aku lakukan. Hindarkanlah aku dari segala azab seksa api nerakaMU".

4 comments:

Don Balon said...

Subhanallah...

Mungkin itu peringatan daripada Allah..
untuk aok..
dan untuk seluruh Umat Islam termasuk koi..

Fadh said...

Don Balon :

Koi pn rasa begitu juga. Moga kita semua terlindung dari seksaan Allah.

Mazru Majid said...

salam,
peringatan untuk aok terutamanye,dan peringatan jugek untuk semua termasuk koi sekali,terima kaseh sedara kerana share..muge kite semua dilindungiNya dari azab dan siksa yang pedih tak terperi..Amin.

Fadh said...

Mazru Majid :

W'salam,

iyer sama2 laa kita beringat agar terselamat dr azab seksa api neraka.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...