Suka Blog Ini?

Ikut Dengan Email

Hati Seorang Isteri

26 April 2012

255 : Dua Puluh Sen


Apa sebab dan musababnya aku pun tak tau tiba-tiba mood untuk mengemaskini blog semakin menaik. Dalam 4/5 hari nie ada jer bahan yang boleh dijadikan cerita. Ada orang baca atau tidak, itu soal kedua. Yang utama, blog dikemaskini sementara nafsu berblog tengah membara.

Baru pun tak berapa baru jugak, ada laa dalam 2/3 minggu yang lalu aku terjumpa sekeping syiling 20 sen. Apa yang menarik perhatian aku ialah tahun syiling ini dikeluarkan iaitu 1967. Ini bermakna telah 45 tahun usia syiling nie. Dah hampir separuh abad tapi ia masih bernilai. Jika dibandingkan dengan manusia, usia 45 tahun merupakan usia yang dikategorikan sebagai veteran. Ada yang dah matang dari segi pemikiran dan perbuatan namun masih ramai lagi yang belum matang dan berperangai seperti binatang. Oleh itu sama-sama kita muhasabah diri, adakah selama ini kita bertindak mengikut hawa nafsu semata ataupun kita bertindak menggunakan akal yang Allah kurniakan berlandaskan Al-Quran dan As-Sunnah.

Kalau masa kecil dulu, jumpa duit memang saat yang menyeronokkan. Kadang-kadang tue sengaja berjalan sambil kepala tunduk ke tanah, mata melilau dan hati mengharap moga-moga terjumpa duit.

Seingat aku yang tak berapa nak ingat nie, RM10 merupakan nilai terbesar yang pernah aku jumpa masa kecil dulu. Punyalah suka tapi dalam hati berdebar. Berdebar kerana teringat pesan mak supaya jangan diambil duit yang terjumpa kerana ianya hak orang lain. Dalam berdebar tue, Syaitan dok hasut suruh belanjakan. Sedar tak sedar aku dah sampai kat depan kedai. Apalagi, kenduri sakan laa aku. Bila dikenangkan kembali, rasa menyesal sangat tapi perkara dah berlaku, tidak mungkin dapat diundur semula. Hanya memohon keampunan dari Allah semoga dosa lalu diampunkanNYA.

4 comments:

Don Balon said...

Kuikui..

Koi dulu darjah 1-3 bawok 20 sen sekoloh kebangsaan, 20 sen sekoloh agama..nostalgia weh kuikui

Fadh said...

Don Balon :

zaman kite sekoloh dulu brg muroh lg maklum laa belum maju...zaman skrg nie dah maju...anak koi rm3 sek pg, sek kafa rm2...palih weh.

Don Balon said...

Salam fadh..

zaman tu sudah maju jika diukur mengikut ukuran zaman itu.. tak adil kala kita ukur mengikut ukuran le ni..

anok koi le ni ke sek keb rm1, sek agama rm1, koi sedia bekal makanan dan air.. yang penting cara kita tangani inflasi sekarang.. bukan tunduk pada desakan kapitalisme dan desakan hidup tuan kedai..

Fadh said...

betul te Don...koi sokong pendapat aok te.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...