Suka Blog Ini?

Ikut Dengan Email

Hati Seorang Isteri

28 February 2012

245 : Tangis Marhaen

Entri ini bukan bertujuan untuk mendedahkan aib mana-mana pihak atau untuk mendabik dada membangga diri. Entri ini sekadar berkongsi cerita tentang realiti kehidupan golongan marhaen yang seakan terpinggir dari arus kemajuan hidup.

Seorang insan kurang upaya penglihatan sedang berdiri di tepi jalan yang sibuk .

Tarikh : 28 Februari 2012 (Selasa)
Masa : 9.45 pagi
Lokasi : Bandar Bera (hadapan Bank Rakyat cawangan Bera)


Beliau cuba menahan kenderaan yang lalu kerana menyangkakan ianya teksi.

Kejadian :


Seorang insan kurang upaya penglihatan kelihatan sedang berdiri di tepi jalan yang sibuk. Tiap kali kedengaran deruman kenderaan, beliau akan melangkah ke hadapan sambil mengangkat tahan.


Tindakannya mengundang maut.

Akibat terdesak, beliau memberanikan diri melangkah lebih hampir dengan jalanraya. Beliau telah lewat untuk ke tempat kerjanya yang terletak di Temerloh. Sepatutnya beliau memulakan tugas pada pukul 9.30 pagi.


Di mana nilai kemanusian?

Beliau berasal dari salah sebuah FELDA yang terdapat di Gugusan Bera. Setiap hari, beliau terpaksa menggunakan pengangkutan awam untuk ke tempat kerja. Tambang bagi sebuah tempat duduk teksi dari Bandar Bera ke Temerloh ialah RM10. Purata sehari beliau membelanjakan tidak kurang RM20 hanya untuk pengangkutan pergi dan balik. Didarab dengan jumlah hari bekerja iaitu 20 hari, sebulan beliau membelanjakan RM400 hanya untuk pengangkutan.

Penantian yang tak berpenghujung.

Untuk rekod, sistem pengangkutan bas awam di daerah ini terjejas sejak penghujung 2011. Dikhabarkan akibat syarikat terbabit mengalami kerugian. Sejak itu, penduduk Bera yang kurang berkemampuan mengalami kesukaran untuk bergerak dari satu tempat ke tempat yang lain.

Sabar menati.

Mungkin bagi kita yang sempurna penglihatan, bukanlah satu kesukaran untuk mendapatkan teksi. Tetapi bagi beliau, ianya terlalu sukar. Pejamkan mata seketika. Bayangkan kita adalah beliau yang sedang berdiri di tepi jalan. Pandangan mata kelam. Hanya kedengaran deruman enjin kenderaan yang bertali arus. Bagaimana? Dapatkah kita menghadapi situasi tersebut?


Akhirnya sebuah teksi tiba.

Setelah menanti hampir 1 jam, akhirnya sebuah teksi tiba dan membawa beliau menuju ke tempatnya bekerja. Ini kisah yang berlaku hari ini. Bayangkan bagaimana dengan hari esok dan seterusnya. Sampai bilakah beliau terpaksa mengharapkan ehsan demi mencari sesuap rezeki. Semoga Allah mempermudahkan segala urusan beliau.

4 comments:

cik nad said...

:'(

Fadh said...

cik nad :

sedih kan...

Don Balon said...

Ya Allah..rahmatilah beliau dan kami di dunia dan akhirat.. Ameen..

Fadh said...

don balon :

Insyallah...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...