Suka Blog Ini?

Ikut Dengan Email

Hati Seorang Isteri

12 December 2011

243 : Terbakarnya TUNAS Yang MANJA



BERA – Sebuah pasar raya musnah dalam kebakaran di pekan Kerayong di sini, awal pagi tadi.(11.12.2011)




Ketua Polis Daerah Bera, DSP Zahid Mohamed Noor, berkata kebakaran pada 2.45 pagi itu disedari oleh anggota polis yang menjalankan rondaan di kawasan tersebut apabila ternampak asap dan api dipercayai dari kedai menjual cakera padat yang terdapat dalam pasar raya itu.






Beliau berkata, anggota polis itu kemudian menghubungi pasukan bomba dan penyelamat sebelum dua jentera bersama 17 anggota dari balai bomba Triang dan Temerloh tiba 10 minit kemudian.















Di sinilah dipercayai berlakunya litar pintas
“Kedai lain yang terdapat dalam pasar raya terbabit termasuk kedai pakaian, kedai makan dan kedai cakera padat serta gelanggang futsal turut musnah dalam kebakaran itu,” katanya ketika dihubungi.



Zahid berkata, kerugian yang dialami pengusaha pasar raya dan tujuh peniaga di bangunan itu masih belum ditaksirkan tetapi dianggarkan melebihi RM1 juta.

Kerja-kerja mengeluarkan peti besi milik Tunas Manja


Tiada kemalangan jiwa dilaporkan dalam kejadian itu.


Sementara itu, Pegawai Operasi Bomba dan Penyelamat Triang, M Manoharan berkata 95 peratus bangunan itu hangus terbakar. – BERNAMA



Sumber Foto : Rakan FB : kakzan kz, jerry soh dan shaharuddin sulaiman 

6 comments:

Mazru Majid said...

kecik sgt gambo te..cekap lg rodong aok arite yat..hehe

Fadh said...

HAHAHA... kawan aok laaa

| c.i.k.n.a.d | said...

hmmm...bru plan nk singgh tunas mnje ble blik t...

Laman Pahang said...

Tunas manja terbakar

Ada yang hilang tempat berbelanja
ada yang hilang tempat bekerja

http://lamanpahang.blogspot.com/2011/12/kebakaran-tunas-manja-bera-dan-sakan.html

Don Balon said...

Sepupu koi menege nasik lemok depan Tunas Manja Kerayong itula..
kesian ke dia weh..

Fadh said...

cik nad:

nk wat camne kan...dah ditakdirkan terbakar.

Laman Pahang :

mgkin ada hikmah di sebalik kejadian itu.

don balon :

yg mane se weh? yg dekat dgn futsal tue ke?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...