Suka Blog Ini?

Ikut Dengan Email

Hati Seorang Isteri

01 December 2011

242 : Bodoh Macam Lembu

Sikap sesetengah individu yang hanya mementingkan diri sendiri tanpa menghiraukan akibat dari tindakan yang dilakukan telah banyak mendatangkan masalah. Sebagai contoh, lihat gambar di bawah.

Lokasi : Hadapan padang SJK(c) Kerayong, Bera Pahang.
Tarikh : 01 Disember 2011 (Khamis)
Masa : 10.00 pagi.

Manusia yang otaknya lebih BODOH dari otak lembu.

Sampah yang bertaburan bukan sahaja mencacatkan persekitaran
tetapi juga mengundang penyakit berjangkit kerana  menjadi tempat pembiakan lalat dan nyamuk.

Tindakan individu terbabit membakar sampah yang dibuang
juga mengakibatkan pencemaran udara.
Plat pendaftaran CCU 6388.
Apabila menyedari tingkahlaku mereka sedang dirakamkan,
mereka segera meninggalkan tempat kejadian
dan pemandu kenderaan terbabit sempat menunjukkan isyarat 'jari hantu'.


KEMASKINI 1 DISEMBER 2011 7.00 MALAM


Tinjauan pada petang hari yang sama mendapati sampah-sarap yang bertaburan di lokasi yang disebut di dalam entri di atas telah dibersihkan oleh pihak/individu yang tidak diketahui. Terima kasih di atas keprihatinan pihak/individu yang telah membersihkan longgokan sampah, demi kesejahteraan bersama.


Gambar dirakamkan pada pukul 6.30 petang hari yang sama
mendapati longgokan sampah telah dibakar.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...