untuk beberapa waktu yang terdekat ini, aku akan mengulang terbit beberapa entri terawal di blog ini sebagai meraikan ulangtahun ke 5. Dan juga sebagai penghargaan kepada "seseorang" yang banyak mengajar aku tentang kehidupan. Terima Kasih.
Sebenarnya, aku tak tau nak tulis apa kat blog ni. Maklumlah kali pertama ada blog sendiri. Banyak lagi yang aku kena belajar. Aku tau pasal blog nie pun secara tak sengaja. Member sekerja aku buka satu blog yang bertemakan "bicarakudisini". Selepas itu aku cuba masuk blog nie dan baca semua yang ditulis.Aku jadi tertarik dengan apa yang ditulis.Dan selepas tu aku jadi pengunjung setia blog milik "maniq kayangan".
Kemudian aku gatal tangan pula nak buat blog sendiri. Aku pun cuba buat ikut langkah yang ada disediakan. Dan akhirnya wujudlah blog ini. Kalau nak dikatakan setahun jagung memang tak layak sebab tak sampai setahun jagung pun. Baru nak mencari benih jagung untuk ditanam. Entah tumbuh ntah kan tidak. Namun aku akan cuba sedaya mungkin untuk kekal menulis di blog ini. Semoga ada yang sudi singgah dan sudi pula menjadi teman bicara. Kepada semua, semoga selamat segalanya.


4 komen:
ladanc saper tu weh?? kenchanc gayenye kuikui
don, hok koi laa...gambor tahun 2009 nie...
Ander lagi ke weh__
Koi tok daye doh menggetoh, nok menyawit semula la pulok kuikui
ander...xkire laa mengetoh ke menyawit ke, janji halal hehehe
Post a Comment