Suka Blog Ini?

Ikut Dengan Email

Hati Seorang Isteri

09 November 2011

238 : Ulang Terbit "Blog Aku Dibaca"


Ini entri ketiga dalam blog ini. Ditulis dan diterbitkan pada 26 Oktober 2006 jam 8.09 malam.



Apa perasaan kalian bila kali pertama menulis dan apa yang kalian tulis dibaca dan diberi komen?


Apa ye perasaan aku bila blog aku yang pertama iaitu “aku masih baru” dibaca. Eeemmm, mulanya tak tahu nak rasa apa tapi lama-kelamaan aku rasa seronok, gembira, suka sesangat dan senyum sampai ke telinga. Kemudian perasaan dihargai dan semakin bersemangat untuk menulis. Aku pun mula berfikir. Apa lagi yang aku nak tulis. Fikir punya fikir, dapat idea untuk menulis entri “tentang aku”. Sekejap je aku tulis. Dalam 5 minit je aku dah ‘publish’ kan. Maklumlah tentang diri sendiri.

Orang pertama yang baca blog aku nie merupakan orang yang pertama yang aku baca blog dia. Kira macam tukar suka sama suka. Dia tau pasal blog aku pun sebab dia kenal teman sekerja aku. Aku siap bagitau teman sekerja aku untuk bagitau kat dia supaya masuk kat blog aku. Di sini, aku nak ucap bebanyak terima kasih kat dia sebab sudi jenguk blog aku nie. Perlu ke aku bagitau sape. Kalau kalian baca blog “aku masih baru" mesti kalian tau sape. Dan harap dia dapat masukkan alamat blog aku nie kat blog dia. He he he, siap minta promosikan lagi.

Pendapat aku tentang pembaca pertama blog aku. Dia nie bagi aku memang sempoi, easy go lucky, mudah didekati, suka buat lawak, mudah terasa dengan persekitarannya (sensitive) dan yang paling aku suka, gaya bahasa dia nie memang menarik, ringkas tapi penuh makna dan penuh pengajaran. Kalau kita baca tulisan dia nie, memang kita jadi asyik. Perasaan jadi hanyut bersama apa yang dia tulis. Sejak dua menjak nie, aku mesti masuk blog dia. Kalau tak de yang baru dia tulis, aku rasa macam ternanti-nanti je perkhabaran dari dia. Dari teman sekerja aku dapat tahu serba ringkas tentang diri dia. Bagi aku, dia nie seorang yang tabah, cekal, berani dan sanggup hadapi apa saja cabaran yang dihadapi. Ini pendapat aku tentang dia setelah aku baca semua yang dia tulis dan aku rasa kalau dia nie buat novel mesti meletup punya.

Sekarang nie aku tambah semangat nak tulis kat dalam blog sebab aku dapat luahkan apa yang aku rasa dan kongsikan dengan sesiapa yang sudi membacanya. Dulu aku selalu gak karang sajak atau puisi, kira jiwang karat laa juga aku nie dulu tapi bila dah berumahtangga dan ada cahaya mata, aku jadi ketandusan idea untuk menulis. Sajak terakhir yang aku karang, aku tujukan khas untuk bakal isteriku sebelum kami berumahtangga. Sejak tu, aku tak mengarang apa-apa sajak pun. Mungkin lepas ada blog nie aku akan kembali ada idea dan dapat karang apa-apa sajak atau puisi dan harap-harap ada yang singgah blog aku nie.

2 comments:

Dayah chan said...

turut membaca :)

Fadh said...

dayah chan :

terima kasih sbb sudi membaca.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...