Suka Blog Ini?

Ikut Dengan Email

Hati Seorang Isteri

30 November 2011

241 : Korban Tengkujuh

Tarikh Kejadian : Selasa 29 Nov 2011 (5.15 petang)
Lokasi Kejadian : Jeti Sungai Triang (berhampiran Jambatan Sungai Triang, Bera)
Mangsa : Seorang Kanak-Kanak Lelaki Berbangsa Cina Berusia 9 Tahun,  Pua Ru Xiang.
Punca Kejadian : Tergelincir Sewaktu Bermain-Main Bersama Dua Rakan Sebaya.

Inilah Jeti Sungai Triang, Bera.

Kelihatan anggota Pertahanan Awam sedang bertugas.

Anggota polis yang sedang bertugas mengawal kawasan kejadian.

Perhatikan papan tanda projek pembinaan Jeti Sg Triang yang baru siap dibina pada September 2011

Orang ramai mengerumini kawasan kejadiaan.
Bapa mangsa(baju hijau). Ibu mangsa(baju putih) sedang ditenangkan oleh saudara mara .

Ibu mangsa dipapah ke khemah untuk berehat.

Ibu mana yang tidak merasa sedih kehilangan anak tersayang.

Tangisan kasih seorang ibu.

Andai diberi pilihan, pastinya Si ibu sanggup menebus nyawa anaknya dengan nyawanya sendiri.

Pejabat Pertahanan Awam Bera yang terletak 100 meter dari tempat kejadian.

Sehingga entri ini diterbitkan pada Rabu 30 Nov 2011 jam 2.30 petang, mayat mangsa masih belum ditemui.


KEMASKINI 1 DISEMBER 2011.


Mayat mangsa telah ditemui pada pukul 7.45 pagi oleh penduduk Kampung Kerayong. Mayat mangsa ditemui tersangkut pada sangkar ikan milik salah seorang penduduk kampung.

18 November 2011

239 : Ulang Terbit "Aku Jumpa M***q"

Ini entri terakhir bagi siri ulang terbit edisi khas untuk seorang sahabat pertama yang aku kenal melalui penulisan di blog.


Hari nie, 3.11.2006 aku ke sekolah macam biasa. Sibuk dengan rutin harian sebagai seorang guru. Sedang aku siapkan laporan EMIS untuk 31.10.2006, member bagitau ada pajero baru masuk kawsan sekolah. Aku buat tak tau je sbb aku dah tau siapa yang datang. Masa rehat, ada member buat jamuan raya. Lepas aku mentedarah nasi rainbow, aku naik pejabat. Aku nampak seorang gadis ayu sedang sembang dengan member aku. Dia senyum kat aku tapi aku kontrol macho dan buat tak kenal je. Dia pun terus senyum kelat bila aku buat derk je kat dia tetiba member aku bagitau dia "nie cikgu F*****r, satu-2nya cikgu yang tak pernah amik gaji" alamak! kantoi laa plak. Aku pun tegur dan sapa dia. Rupanya dia dah tau aku awal lagi sbb dia tengok gambar kat carta organisasi yang tertampal kat dinding pejabat. Cisss! aku hajat nak menyamar. Biar dia tercari-cari aku tapi awal2 lagi dah kantoi.



Maka hari nie tercatat satu lagi kenangan dalam hidup aku. Bertemu dengan pembaca blog aku yang pertama. Aku kenal dia ada laa dalam sebulan. Itu pun melalui blog. Dia masuk blog aku. Aku masuk blog dia. Dia baca n3 aku. Aku baca n3 dia. Dia komen n3 aku. Aku komen n3 dia. Aku tau blog dia pun secara tak sengaja dan tak pernah terlintas yang aku dapat bertemu muka dengan dia. Lama gak aku berbual dengan dia termasuk laa si sutera biru yang kononnya nak tukar jadi hijau(hulk laa tu kononnya). Sembang punya sembang. Kutuk punya kutuk. Gurau punya gurau. Gelak punya gelak. Usik punya usik, dapatlah aku mengenali dia dengan lebih mendalam.


Dulu, aku pernah tulis tentang dia kat n3 aku(Blog Aku Dibaca). Dalam n3 tue aku ada tulis penilaian aku tentang dia. Dan bila dah tengok secara "live", segala penilaian aku tue benar belaka dan kat n3 nie aku nak citer serba ringkas tentang dia.

Dia nie pemalu orangnya. Mula-mula malu2 kucing tapi bila dah mesra, mula laa naik tocang(gurau je). Dia nie peramah bukan pemarah. Orangnya simple, baik, mudah mesra walau malu-malu. Nasib baik laa dia tak masuk bawah meja masa borak ngan aku. Suka buat lawak, kadang2 lawak bodoh walau dia cerdik. Suka bergurau-senda, mudah senyum, mudah gelak(kalau dia gelak, kalah king kong. Tak, aku gurau aje).

Orangnya tak tinggi, tak rendah, tak gemuk, tak kurus,tak lawa(gurau je), tak buruk. Kesimpulannya yang sedang-sedang aje. Elok mata memandang, sedap telinga mendengar suaranya yang lunak dan sedap mulut aku mengutuknya.(wargh...wargh...wargh)




Walau apa pun, aku bangga mengenali dia. Gembira menjadi sahabat dia. Seronok berbual dengan dia. Bertambah lagi seorang sahabat aku. Mula di internet pastu secara sms dan kini dapat bertemu, bertentang mata dan dapat mengenali dia dengan lebih dekat.



Moga persahabatan yang terjalin terus kekal. Dia yang aku maksudkan ialah Maniq Kayangan. Aku lebih selesa memanggilnya Maniq. Walau ada di antara kalian yang mengenalinya sebagai Zac, walau apa jua gelaran, orangnya tetap sama.

Di sini, aku ingin mengucapkan setinggi terima kasih kepada dia di atas segala tunjuk ajar, bantuan, nasihat, gurau sendanya yang membelitkan tali pusat aku dan segalanya yang dia berikan pada aku. Aku amat menghargainya dan hajat aku nak belanja dia tak kesampaian sebab dia dah ada program lain. Mungkin di lain masa, aku akan belanja dia.

09 November 2011

238 : Ulang Terbit "Blog Aku Dibaca"


Ini entri ketiga dalam blog ini. Ditulis dan diterbitkan pada 26 Oktober 2006 jam 8.09 malam.



Apa perasaan kalian bila kali pertama menulis dan apa yang kalian tulis dibaca dan diberi komen?


Apa ye perasaan aku bila blog aku yang pertama iaitu “aku masih baru” dibaca. Eeemmm, mulanya tak tahu nak rasa apa tapi lama-kelamaan aku rasa seronok, gembira, suka sesangat dan senyum sampai ke telinga. Kemudian perasaan dihargai dan semakin bersemangat untuk menulis. Aku pun mula berfikir. Apa lagi yang aku nak tulis. Fikir punya fikir, dapat idea untuk menulis entri “tentang aku”. Sekejap je aku tulis. Dalam 5 minit je aku dah ‘publish’ kan. Maklumlah tentang diri sendiri.

Orang pertama yang baca blog aku nie merupakan orang yang pertama yang aku baca blog dia. Kira macam tukar suka sama suka. Dia tau pasal blog aku pun sebab dia kenal teman sekerja aku. Aku siap bagitau teman sekerja aku untuk bagitau kat dia supaya masuk kat blog aku. Di sini, aku nak ucap bebanyak terima kasih kat dia sebab sudi jenguk blog aku nie. Perlu ke aku bagitau sape. Kalau kalian baca blog “aku masih baru" mesti kalian tau sape. Dan harap dia dapat masukkan alamat blog aku nie kat blog dia. He he he, siap minta promosikan lagi.

Pendapat aku tentang pembaca pertama blog aku. Dia nie bagi aku memang sempoi, easy go lucky, mudah didekati, suka buat lawak, mudah terasa dengan persekitarannya (sensitive) dan yang paling aku suka, gaya bahasa dia nie memang menarik, ringkas tapi penuh makna dan penuh pengajaran. Kalau kita baca tulisan dia nie, memang kita jadi asyik. Perasaan jadi hanyut bersama apa yang dia tulis. Sejak dua menjak nie, aku mesti masuk blog dia. Kalau tak de yang baru dia tulis, aku rasa macam ternanti-nanti je perkhabaran dari dia. Dari teman sekerja aku dapat tahu serba ringkas tentang diri dia. Bagi aku, dia nie seorang yang tabah, cekal, berani dan sanggup hadapi apa saja cabaran yang dihadapi. Ini pendapat aku tentang dia setelah aku baca semua yang dia tulis dan aku rasa kalau dia nie buat novel mesti meletup punya.

Sekarang nie aku tambah semangat nak tulis kat dalam blog sebab aku dapat luahkan apa yang aku rasa dan kongsikan dengan sesiapa yang sudi membacanya. Dulu aku selalu gak karang sajak atau puisi, kira jiwang karat laa juga aku nie dulu tapi bila dah berumahtangga dan ada cahaya mata, aku jadi ketandusan idea untuk menulis. Sajak terakhir yang aku karang, aku tujukan khas untuk bakal isteriku sebelum kami berumahtangga. Sejak tu, aku tak mengarang apa-apa sajak pun. Mungkin lepas ada blog nie aku akan kembali ada idea dan dapat karang apa-apa sajak atau puisi dan harap-harap ada yang singgah blog aku nie.

02 November 2011

237 : Ulang Terbit "Aku Masih Baru"

untuk beberapa waktu yang terdekat ini, aku akan mengulang terbit beberapa entri terawal di blog ini sebagai meraikan ulangtahun ke 5. Dan juga sebagai penghargaan kepada "seseorang" yang banyak mengajar aku tentang kehidupan. Terima Kasih.



Sebenarnya, aku tak tau nak tulis apa kat blog ni. Maklumlah kali pertama ada blog sendiri. Banyak lagi yang aku kena belajar. Aku tau pasal blog nie pun secara tak sengaja. Member sekerja aku buka satu blog yang bertemakan "bicarakudisini". Selepas itu aku cuba masuk blog nie dan baca semua yang ditulis.Aku jadi tertarik dengan apa yang ditulis.Dan selepas tu aku jadi pengunjung setia blog milik "maniq kayangan".



Kemudian aku gatal tangan pula nak buat blog sendiri. Aku pun cuba buat ikut langkah yang ada disediakan. Dan akhirnya wujudlah blog ini. Kalau nak dikatakan setahun jagung memang tak layak sebab tak sampai setahun jagung pun. Baru nak mencari benih jagung untuk ditanam. Entah tumbuh ntah kan tidak. Namun aku akan cuba sedaya mungkin untuk kekal menulis di blog ini. Semoga ada yang sudi singgah dan sudi pula menjadi teman bicara. Kepada semua, semoga selamat segalanya.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...