Suka Blog Ini?

Ikut Dengan Email

Hati Seorang Isteri

28 October 2011

236: Bukan Kerna Nama



Tanggal 4 Oktober 2006, wujudlah blog ini dengan tema "Aku Masih Di sini". Pada asalnya hanyalah untuk suka-suka sahaja tapi disebabkan oleh keterbiasaan maka ianya menjadi sesuatu yang menyeronok dan menyenangkan.


Tahun 2007, aku menyepi. Lama juga hampir setahun tanpa sebarang entri. Namun aku tetap mengekalkan blog ini walaupun bersawang. Aku pun tak tahu kenapa aku tiba-tiba hilang semangat untuk berblog. Mungkin kerana orang yang memperkenalkan aku dengan dunia blog telah pun memadamkan blognya.

4 Oktober 2008, di saat kemeriahan Aidilfitri disambut girang gembira oleh umat Islam, aku turut menyambut ulangtahun ke-2 blog aku nie. Walau tiada majlis rasmi bagi meraikannya namun kewujudan blog ini amat besar erti dan membawa sejuta makna kepada aku.

4 Oktober 2009, aku benar-benar terlupa akan tarikh bermulanya aku berblog. Apabila aku melihat senarai entri yang telah aku tulis, tiba-tiba mata aku tertarik pada entri yang ke 64. Oh rupanya aku semakin tua.


4 Oktober 2010, tiada entri tentang kewujudan blog ini. Aku leka berfacebook hingga terlupa akan blog ini. Namun begitu, aku sering juga menjengah blog ini dan blog blogger yang lain sekadar membaca apa yang dimuatkan.


Dan 4 Oktober 2011 yang lalu, aku ingat tapi otak seakan tepu dan jari seakan kaku untuk mengetuk papan kekunci. Baru kini berkesempatan untuk menulis. Itu pun sekadar mengedit entri yang lalu.

Bagi aku blog akan mendatangkan manafat sekiranya digunakan dengan cara yang betul dan blog juga boleh mendatangkan keburukkan jika ianya disalahgunakan. Blog tempat aku meluahkan segala rasa yang aku rasa. Blog tempat aku berkongsi ilmu pengetahuan dan pengalaman yang berguna untuk dikongsi bersama. Blog adalah medium untuk mengeratkan ikatan silaturrahim sesama insan. Dan blog juga selalu digunakan oleh pihak tertentu untuk menyebarkan fitnah, memarakkan lagi api persengketaan dan bermacam-macam lagi perkara yang boleh mengundang musibah.

Oleh itu, aku berblog bukan kerana nama, pangkat, harta mahu pun kuasa. Aku berblog hanya kerana aku adalah aku dan aku ingin menjadi aku yang seadanya.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...