Suka Blog Ini?

Ikut Dengan Email

Hati Seorang Isteri

28 August 2011

234 : Akhir Ramadhan Ini

Lokasi : Masjid Darul Fikri, Bera.



Ramadhan kian melabuhkan tirainya. Syawal bakal menjelma. Di  akhir Ramadhan ini, marilah berdoa semoga Allah akan mempertemukan kita dengan Ramadhan yang akan datang. Dan berdoalah moga segala amalan yang kita lakukan sepanjang Ramadhan ini diterima dan diganjari oleh Allah SWT.

Akhir Ramadhan ini jangan pula kita asyik dengan persiapan untuk menyambut ketibaan Syawal. Berbelanjalah mengikut kemampuan. Usah diturutkan kata nafsu. Beringat sebelum terlewat. Jangan nanti selepas raya terpaksa meminjam kerana semua wang sudah habis dibelanjakan.

Akhir Ramadhan ini, janganlah dilupakan pada kewajipan menunaikan zakat fitrah bagi diri sendiri dan mereka yang berada di bawah tanggungan kita. Bagi yang bekerja makan gaji, seeloknya zakat dibayar di tempat/kawasan/daerah atau negeri kita bekerja. Bagi negeri Pahang, zakat fitrah telah ditetapkan sebanyak RM7 seorang. Seeloknya kita menyegerakan untuk membayar zakat fitrah kerana dikhuatiri kita akan terlupa lantaran sibuk dengan persiapan menyambut Aidilfitri.

Dan di akhir Ramadhan ini juga janganlah kita lupa pada mereka yang kurang bernasib baik seperti fakir miskin, anak-anak yatim dan mereka yang memerlukan pertolongan. Andai ada rezeki lebih, hulurkan sekadar yang mampu bagi meringgankan beban yang mereka tanggung supaya mereka dapat meraikan lebaran yang mulia ini dengan perasaan yang gembira. Semoga Allah akan memberkati hidup kita di dunia dan akhirat.

salam aidilfitri untuk semua...maaf zahir batin.

4 comments:

endiem said...

selamat hari raya , maaf zahir batin..

Fadh said...

Salam Aidilfitri kembali dan maaf zahir batin.

Cikgu Jang .. said...

semoga aidilfitri tahun ini lebih bermakna...selamat hari raya, maaf zahir batin.

Fadh said...

cikgu jang :

selamat hari raya...maaf zahir dan batin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...