Suka Blog Ini?

Ikut Dengan Email

Hati Seorang Isteri

10 August 2011

230 : Antara Puasa Dan Solat





Saat aku menulis entri ini, Ramadhan telah pun memasuki hari yang ke 10. Insyallah lagi 19 hari lagi, kita akan meraikan Aidilfitri. 

Sepanjang Ramadhan tahun ini, aku bertugas menyediakan juadah berbuka puasa di Masjid Darul Fikri, Bera bersama beberapa orang sahabat. Aku ditugaskan khas memasak nasi di samping kerja-kerja yang berkaitan seperti menyiang daging, bawang, ayam dan lain-lain. Alhamdulillah, berkat dari tunjuk ajar dari Ustaz Fakrulrazi yang mengetuai kami, aku kini dah pandai masak nasi minyak.

Namun apa yang agak mendukacitakan, ada di antara hadirin yang hadir berbuka puasa di masjid apabila selesai makan terus meninggalkan masjid sedangkan iqamah telah pun dilaungkan. Aku cuba bersangka baik dengan menyangka mereka mungkin ada urusan lain tapi tiada urusan yang paling penting melainkan menunaikan suruhan Allah.

Dan aku masih cuba bersangka baik dengan berkata kepada diri sendiri, mungkin mereka bersolat di rumah. Tapi bukankah mereka telah berada di tempat yang paling baik untuk bersolat yakni di rumah Allah dan berjamaah pula yang ganjarannya lebih baik dari bersolat sendiri.

Sesungguhnya ramai yang mampu menahan lapar dan dahaga sepanjang hari namun tidak ramai yang mampu menunaikan solat yang hanya mengambil masa beberapa minit. Marilah kita berusaha menjadikan puasa kita pada tahun ini lebih baik berbanding puasa kita sebelumnya. Moga Allah memberikan ehsan kepada kita untuk terus beribadat kepadaNYA.

2 comments:

Don Balon said...

Rodonc..

Sebab itulah kita kena ajor anok2 jinak dgn masjid dari kecik lagi..

Dan kepada org dewasa, jika kanak2 bising berlebihan, tegurlah dengan baik, jangan sikit2 tengking. Anok koi yang dah khatan cuba masuk saf orang dewasa. Budok, kala bior sama demeh bergegor la mesjid..
Cer rujuk apa kata Dr. Basit Abdul Rahman- Hukum Berkaitan Kanak-kanak, antara sarjana Islam terulung di Malaysia hari ini.

Fadh said...

don, koi setuju. Mmg kene ajor dr kecik. Koi bawok sokmo anok koi yg no 1 dn 2...dn koi akan solat di saf yg paling belakang sekali utk kawal anak2 koi. Apa yg koi peratikan kebanyakkan nye bawok anok ke masjid tp xdikawal. Dia duduk saf depan konon nk dpt pahala lebih tp dia xsedor yg anok2 bising sampai ganggu org lain te dpt dosa jugek.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...