Suka Blog Ini?

Ikut Dengan Email

Hati Seorang Isteri

06 August 2011

227 : Tragedi Petang 5 Ramadhan 1432H


Lokasi : Simpang masuk ke Pasar Ramadhan Bandar Bera.
              (hadapan Perpustakaan Awam Bera)
Dirakam pada pukul 7.02 petang menggunakan kamera Nokia E5.

Sesuatu kejadian yang Allah Taala jadikan itu ada hikmahnya. Kita sebagai makhluk ciptaanNYA wajib mensyukuri setiap apa yang menimpa tidak kira perkara itu baik atau sebaliknya. 

Seperti kejadian yang berlaku di dalam gambar di atas. Apabila ditimpa sesuatu musibah, janganlah kita mudah menuding jari menyalahkan orang lain. Sebaiknya kita beristighfar kepada Allah. Bermuhasabah tentang kekhilafan yang pernah kita lakukan sebelum ini. Kerana Allah turunkan musibah supaya kita dapat mengambil iktibar dan memperbetulkan kekhilafan yang telah kita lakukan. Namun acapkali apabila ditimpa musibah, kita mudah marah. Menuding jari menyalahkan pelbagai pihak sedangkan ianya berpunca dari diri kita sendiri.

Oleh itu di bulan Ramadhan yang penuh dengan keberkatan, sama-samalah kita merebut peluang dan ruang yang Allah sediakan ini untuk kita beribadah sebanyak mungkin bukan setakat berpuasa dan solat Terawikh tetapi juga bersedekah dan saling maaf memaafkan di antara satu sama lain. Semoga Ramadhan kali ini lebih baik dari Ramadhan yang telah lalu. Amin Ya Rabbal Alamin.

2 comments:

Don Balon said...

Nauzubillahi min zaalik..

Setahun dua ni amat kerap koi melalui Bera, kadang-kadang dua kali seminggu..

Moga Allah sentiasa menyelamatkan dan merahmati perjalanan koi dan seluruh umat Islam..
Ameen..

Fadh said...

don, bera skrg nie makin sibuk, makin maju dn makin gawat. hati2 bile memandu. letih dan mengantuk, rehat dulu. moga selamat semuanya.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...