Suka Blog Ini?

Ikut Dengan Email

Hati Seorang Isteri

16 July 2011

221 : Menanti Hadirnya Ramadhan


Pada saat entri ini ditulis, tarikh mengikut kalendar masihi ialah 16 Julai 2011 dan tarikh kalendar Hijrah ialah 14 Syaaban 1432. Ini bermakna Ramadhan bakal menjelma. Pada malam ini marilah kita bersama-sama hadir ke surau atau masjid yang berdekatan untuk sama-sama membaca surah Yassin sebanyak 3 kali dan berdoa selepas setiap kali selesai membacanya untuk memohon keberkatan, kesejahteraan dan keampunan dari Allah SWT. Semoga Allah mengurniakan setiap apa yang kita mohon dariNYA, Insyallah.

Jangan pula pada petang ini kita dilalaikan dengan menonton perlawanan bola sepak di antara malaysia menentang Liverpool. Sesungguhnya itu adalah dakyah tersembunyi musuh-musuh Islam untuk melalaikan kita dari mengingati Allah.

Dan dalam tempoh lebih kurang 2 minggu ini, marilah kita mempersiapkan diri kita untuk menghadapi Ramadhan yang bakal menjelma. Semoga Ramadhan kali ini membawa sejuta rahmat dan keberkatan untuk kita semua. Insyallah.

3 comments:

endiem said...

selamat menyambut puasa..

Don Balon said...

Malá itu kaeh memá ke masjek Tengku Abdulloh Jeghantek, tapi nyinggoh balik daghi mandi sungei di ulu cheka, aduh..sayu hati kaeh..
(Aduh..jaranc amat koi menulih dalanc loghat jerantut, nama je oranc jerantut kuikui..)

Fadh said...

endiem:

selamat menyambut ramadhan

don:

hahaha xpe, yg penting xlupe asal usul.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...