Suka Blog Ini?

Ikut Dengan Email

Hati Seorang Isteri

01 June 2011

212 : Tubuh Kerdil



Di lantai kaki lima yang berlumut
sekujur tubuh terbaring lesu
mengigil sejuk mengeletar lapar
sesekali batuk kecil kedengaran
memecah sunyi membelah kelam
lantas disahut lolongan anjing
lalu hilang disambar angin
dan sepi kembali bertamu.

Tubuh itu tubuh bernyawa
namun bernyawa tanpa nyawa
nafas yang melingkari tubuh
beranjak perlahan bagai tersekat
sesekali hembusan nafas terlepas jua
dari rongga pernafasannya
demi melunas satu kewajipan
yang entah bilakan berakhir.

Fadhlur Rahman Jamaluddin
Maktab Perguruan Kota Bharu
21.01.1998
8.15 pm 

2 comments:

mr.kordes said...

woi sir!tau la dah beli kemere mahal!

Fadh said...

kordi, tau laa dh jadi penternak lipan yang berjaya skrg nie...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...