Suka Blog Ini?

Ikut Dengan Email

Hati Seorang Isteri

21 May 2011

207 : Hakikat Ribuan Kemelut




Pada satu hakikat
tertera ribuan kemelut
yang mengiringi gerak hidup
dan memamah seluruh rasa.




Berangkatlah hari
meninggalkan segala yang terjadi
kini tinggal sisa-sisa
yang berselerakan di setiap penjuru
tanpa ada yang simpati menghulur belas.



Berakhirlah sebuah kehidupan
memutuskan segala yang bernadi
mengakhiri suatu tragedi
yang akan bersemadi
tanpa ada yang meratapi.




Lenyaplah dari bumi nyata
belenggu yang merantai dan menyelar jiwa kerdil
yang tidak berdaya melawan
menegakkan hak keadilan
hanya mampu memaku pandang
satu persatu darah terpercik
dari saraf kehidupan
sedang kita mampu mengubah
hakikat ribuan kemelut
kerana kita punyai hak.

Fadhlur Rahman Jamaluddin
Darul Fikri, Bera
22 Disember 2009


nota siku :

Catatan yang ditulis khas untuk Palestine.

2 comments:

Don Balon said...

Koi hey palestin ni tokleh kate mender doh..

Fadh said...

don :

maaf laa sbb semalam xbalas...koi xde kredit...maklum laa ujung2 bulan nie.

hey palestine nie...kite pakat2 berdoa jer laa untuk kesejahteraan rakyat palestine

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...