Suka Blog Ini?

Ikut Dengan Email

Hati Seorang Isteri

06 May 2011

201 : Kuala Lipis "0"

Dari 2hb Mei yang lalu, aku berada di Kuala Lipis, Pahang. Walau Kuala Lipis terletak di dalam negeri Pahang namun inilah kunjungan pertama aku dalam tempoh 19 tahun. Kali terakhir ialah pada tahun 1992 iaitu ketika berusia 15 tahun. Ketika itu aku menyertai Kejohanan Olahraga MSS Pahang yang diadakan di padang SMK Clifford. Dan masih aku ingat kenangan menaiki keretapi bersama kontijen Bera dari Stesen Keretapi Triang ke Stesen Keretapi Kuala Lipis.

Setelah 19 tahun tidak menjejakkan kaki di bumi penuh sejarah ini, aku kembali ke sini. Bersama rakan-rakan pengadil dari seluruh Pahang, aku bermukim dari 2hb hingga 7hb Mei di daerah ini untuk mengadili perlawanan bola sepak MSSM Pahang 2011. Dan kesempatan yang ada, aku gunakan untuk merakamkan kenangan bergambar di batu tanda jalan yang unik ini.



4 comments:

endiem said...

kena pusing laptop nak tengok gambar ..

Jejaka Desa said...

Sejaroh ter....

Fadh said...

endiem :

sorry2...koi update gune e-mail sbb te xboleh nok ejas gambor...tue koi tegok kan dah...

Jejaka Desa :

sejaroh ter laa yg nyebabkan koi beriye nok bergambor kat batu tue...hanye org yg menghargai sejaroh jer yg tau nilai sesuatu perkara yg bersangkutan dgn sejaroh.

Don Balon said...

Oooo ari tu beria ngutuk koi tok pernoh jejok pekan chenor, lepih te mainan koi je tu.. kala bukan seratus kali ande la berpuluh kali koi lepok situ, ataupun lalu nok balik kampung orang rumoh..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...