Suka Blog Ini?

Ikut Dengan Email

Hati Seorang Isteri

10 March 2011

198 : Terima Kasih Sayang


Terima kasih Sayang
Kerana lewat 11 tahun lalu
Membalas senyuman cinta
Yang aku hulurkan

Terima kasih Sayang
Kerana pada akad 10 tahun yang lalu
Tunduk menerima ijabkabul
Yang aku genggam seerat mungkin

Terima kasih Sayang
Kerana pada duka 9 tahun yang lalu
Tetap mengukir senyum
Menelan pahitnya takdir

Terima kasih Sayang
Kerana pada jerih 8 tahun yang lalu
Tabah menduga ajal
Demi penyambung zuriat

Terima kasih Sayang
Kerana pada lelah 5 tahun yang lalu
Cekal menyabung nyawa
Demi pengerat kasih

Terima kasih Sayang
Kerana pada getir 3 tahun yang lalu
Sabar menongkah maut
Demi penyubur bahagia

Terima kasih Sayang
Kerana lewat setahun yang lalu
Utuh menahan getir
Demi penambah ceria

Terima kasih Sayang
Kerana tetap setia di sisi
Menempuh gelora hidup
Moga ikatan yang kita anyam bersama
Menjadi sebidang bahagia
Untuk selamanya.



10hb Mac 2001...tarikh keramat dalam hidup aku apabila aku melafazkan akad ijabkabul. 10 tahun berlalu diiringi gelak tawa dan tangisan. Moga ikatan yang aku simpulkan bersama isteri akan terus rapi selamanya.

5 comments:

Mimie.Candy Cane said...

amiiiiiinnnnn....ko doakan aok,eyla and hero2 aok bahagia sokmo...suweet la entry ni..eyla mesti sengih2 bace ni..

Mimie.Candy Cane said...

koi*

Fadh said...

mimie : thanks...harap aok pun nanti akan bertemu jodoh yg baik mcm koi jugek hehehehe

YMY Online Gallery said...

Amin...semoga terus bahagia hingga akhir hayat...

Fadh said...

Amin. Insyallah.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...