Suka Blog Ini?

Ikut Dengan Email

Hati Seorang Isteri

18 March 2011

199 : Diri Dipanjat Usia



Hari ini genap 34 tahun aku bermastautin di bumi ALLAH...34 tahun yang lalu, bermulalah riwayat hidup seorang bayi lelaki yang dilahirkan pada hari Jumaat tepat jam 12.20 tengahari(mengikut masa yang dicatat pada surat beranak)...kini setelah 34 tahun berlalu, bayi kecil itu telah pun dewasa...punyai seorang isteri yang setia menemani di saat suka duka...punyai 4 putera yang menjadi racun dan penawar dalam diri.



Telah banyak yang dilalui...telah banyak yang dialami...telah banyak yang dirasai...telah banyak yang dikecapi...telah banyak yang diharungi...telah banyak yang dideritai.



Adakala suka mewarnai hidup...adakala duka mencorak hidup...semuanya berputar silih berganti...bagaikan putaran roda...ada masa di atas...ada masa di bawah...semuanya terjadi sebagaimana yang telah ditakdirkan oleh Allah...



Dan sudah semestinya...di hari lahir aku yang ke 34 ini...aku mengharapkan yang terbaik di dalam hidup aku bersama keluarga...moga Allah masih punyai belas ehsan terhadap aku...hambaNYA yang sering leka, alpa, lalai dan lupa untuk mengucapkan syukur di atas segala nikmat yang telah DIA kurniakan untuk aku selama 34 tahun aku menumpang di atas bumiNYA.



10 March 2011

198 : Terima Kasih Sayang


Terima kasih Sayang
Kerana lewat 11 tahun lalu
Membalas senyuman cinta
Yang aku hulurkan

Terima kasih Sayang
Kerana pada akad 10 tahun yang lalu
Tunduk menerima ijabkabul
Yang aku genggam seerat mungkin

Terima kasih Sayang
Kerana pada duka 9 tahun yang lalu
Tetap mengukir senyum
Menelan pahitnya takdir

Terima kasih Sayang
Kerana pada jerih 8 tahun yang lalu
Tabah menduga ajal
Demi penyambung zuriat

Terima kasih Sayang
Kerana pada lelah 5 tahun yang lalu
Cekal menyabung nyawa
Demi pengerat kasih

Terima kasih Sayang
Kerana pada getir 3 tahun yang lalu
Sabar menongkah maut
Demi penyubur bahagia

Terima kasih Sayang
Kerana lewat setahun yang lalu
Utuh menahan getir
Demi penambah ceria

Terima kasih Sayang
Kerana tetap setia di sisi
Menempuh gelora hidup
Moga ikatan yang kita anyam bersama
Menjadi sebidang bahagia
Untuk selamanya.



10hb Mac 2001...tarikh keramat dalam hidup aku apabila aku melafazkan akad ijabkabul. 10 tahun berlalu diiringi gelak tawa dan tangisan. Moga ikatan yang aku simpulkan bersama isteri akan terus rapi selamanya.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...