Suka Blog Ini?

Ikut Dengan Email

Hati Seorang Isteri

01 January 2011

196 : Kisah Seekor Anjing Di Malam Tahun Baru

gambar sekadar hiasan

Malam itu malam tahun baru. Hujan sejak senja tadi merencatkan perancangan aku untuk membiang. Namun dengan semangat ingin menyambut tahun baru, aku redah jua hujan yang entah bilakan berhenti. Hajat di hati ingin mencari seekor dua betina yang juga  kesepian seperti aku. Sudah lama tidak merasa kehangatan tubuh seekor betina.

Sejak menjadi gelandangan ini, tubuhku tidak segagah dulu. Bulu tidak selebat dan secantik dulu. Badanku sering gatal angkara kutu yang semakin membiak. Jika dulu, aku mandi seminggu dua kali. Tubuhku dimandikan dan disyampu oleh anak perempuan tuan aku. Aku sering dibelai oleh jemari halusnya yang runcing. Dan setiap petang, pasti aku akan dibawa bersiar-siar di kawasan perumahan yang mereka diami. Oh alangkah bahagianya aku ketika itu. 

Namun sejak tragedi hitam menimpa keluarga mereka, aku menjadi geladangan. Tragedi yang meragut nyawa tuan aku ketika cuba mempertahankan diri dari dirompak oleh sekumpulan manusia bertopeng menjadi titik hitam juga dalam hidup aku. Aku dipersalahkan dan dianggap pembawa sial. Sungguh, pada malam kejadian itu aku benar-benar mengantuk. Kelopak mataku begitu berat dan aku terlelap tanpa aku menyedari kejadian yang menimpa keluarga tuan aku.

Aku berjalan menyusur lorong di belakang deretan bangunan. Sesekali aku cuba menyelongkar tong-tong sampah mencari sisa-sisa makan yang dibuang manusia. Perutku sememangnya lapar. Sejak siang tadi tiada apa yang masuk ke dalam perutku kecuali angin. Malam itu nasibku agak baik. Seketul daging berjaya ku temui. Dengan lahap, aku pun mengigit dan mengoyakkan cebisan daging itu dan menelannya. Walau tidak seenak makanan yang pernah diberikan oleh keluarga tuan aku dulu, sekurang-kurangnya aku tidak kelaparan lagi.

Selesai makan, aku meneruskan misi untuk memuaskan gelora nafsuku. Sebaik tiba di persimpangan jalan utama, dapat aku lihat dengan jelas seekor betina sedang berjalan keseekoran tanpa teman di seberang jalan yang sibuk dengan kenderaan yang bertali arus. Nafsuku kian membuak. Namun deruan kenderaan menghalang niatku untuk ke seberang. Aku toleh kiri dan kanan. Pancaran lampu kenderaan yang bertali arus menyilaukan mataku. Nafsuku semakin memberontakkan. Lidahku semakin terjelir bersama lelehan air liur yang tidak henti-henti berjujuran. Otakku yang tidak berakal akhirnya tewas didesak oleh nafsu. Dengan kudrat yang masih bersisa, aku berlari meluru menyeberangi 'sungai maut'. 

Namun tuah tidak menyebelahiku. Aku dilanggar oleh sebuah kenderaan. Mujur sempat aku mengelak dari digilis oleh tayar dan mujur juga kenderaan itu sempat mengelak. Hanya pinggul dan kaki belakangku yang dirempuh. Namun sakitnya tidak terperi. Aku tergolek sambil melolong kesakitan. Lama juga aku menggelupur kesakitan tanpa ada sesiapa yang membantu. Hanya mata mereka yang sekadar memerhati simpati. Aku cuba bangun namun tidak berupaya. Sakitnya menyelinap di setiap urat saraf dan sendiku. Setelah beberapa ketika mengumpul kudrat yang ada, aku berjaya bangun. Dengan payah aku aturkan langkah kakiku. Sesekali aku terjelupok namun aku bangkit kembali mengatur langkah dengan kaki dan pinggul yang patah.

Akhirnya aku tiba di sebuah pondok perhentian bas. Aku berbaring di lantai simen yang sejuk untuk melepaskan lelah. Badan yang masih berbaki sakitnya ditambah pula penat yang menjalar di segenap tubuhku, ingin aku rehatkan sebentar sebelum siang menjelma. Aku merenung gelap malam yang diterangi oleh limpahan lampu neon. Mengenang untung nasib diri. Sudahlah tidak bertuan kini diri pula cedera angkara menurut kata nafsu. Aku semakin hiba bila mengenangkan esok yang bakal tiba. Bagaimanalah nanti hidupku ini.

Entah bila mataku terlelap aku pun tidak mengetahui. Aku tersedar apabila sayup-sayup kedengaran suatu suara memanggil-manggil. Dalam kemamaian yang masih menguasai diri, aku bangun untuk memastikan dari manakah datangnya suara itu. Aku amati dan cuba mengenalpasti suara apakah itu. Terlalu asing suara itu namun seakan ada kuasa yang amat kuat mendorong aku untuk terus mendengarnya. Tanpa aku sedar, kakiku melangkah menuju ke arah datangnya suara itu. Sakit yang aku alami seakan hilang dan aku seakan bertenaga untuk melangkah. Oh alangkah hebatnya suara itu.

Tiba-tiba kedengaran di telingaku deruan enjin yang semakin hampir. Aku berpaling dan pancaran cahaya menikam bebola mataku. Aku cuba mengelak namun kecederaan yang aku alami membataskan pergerakanku. Mujur kenderaan itu berhenti di hadapanku. Kenderaan itu bergerak semula dan berhenti. Seakan memberi amaran kepadaku untuk pergi dari situ. Aku seakan kebingungan dan masih terkaku. Sekali lagi kenderaan itu bergerak seakan mengacah untuk melanggarku. Aku pun melangkah ke tepi memberi laluan namun kenderaan itu berpusing dan masih mengacah untuk melanggarku. 

Aku merenung kenderaan itu. Tiba-tiba tingkapnya terbuka. Dapat aku lihat dengan jelas seorang manusia sedang memerhatikanku. Kepalanya ditutupi oleh sesuatu yang diperbuat dari kain. Wajahnya tenang merenungku. Dari sinar matanya dapat aku rasakan ada simpati yang berputik. Kemudian tangannya diacungkan ke arah aku. Aku keliru. Apakah maksud manusia ini. Aku masih membatu. Pintu kenderaan itu dibuka. Manusia itu melangkah keluar dan menunduk mengambil sesuatu. Fahamlah aku bahawa manusia ini menghalauku. Aku segera berpaling dan melangkah pergi. Langkahanku yang payah dan berseloyongan semakin jauh. 

Setelah merasakan diriku selamat, aku pun berpaling. Aku lihat manusia itu telah pun berlalu. Aku amati sekeliling. Dari jauh aku lihat tersergam indah sebuah bangunan yang di atasnya terdapat bulan dan bintang. Tahulah aku kini di mana aku berada dan mengapa manusia itu menghalauku. Jauh di benakku, aku merasa cemburu dengan manusia itu. Alangkah indahnya jika aku dijadikan sebagai manusia seperti tuan aku dulu. Pastinya tempat ini yang akan sering aku datangi. Sesungguhnya berada di tempat ini walau seketika dan mendengar laungan suara itu adalah saat terindah dalam hidupku. Dan aku terus berlalu pergi membawa diri yang untung nasibnya tidak aku ketahui akan akhirannya.

* Ilham untuk menulis cerita ini datang setelah aku menghalau seekor anjing yang masuk ke kawasan masjid pada subuh 01.01.2011.

12 comments:

Admin P@P said...

Assalamualaikum.
Hebat juga cetusan ide dan ketukan kekunci cikgu. Terharu juga membacanya, walau ia hanya seekor anjing...

TQ

Cikgu Jang .. said...

salam...cuat...

selamat tahun baru...moh main bola dgn sekoloh kome...

Fadh said...

admin p&p :

terima kasih kerana sudi membacanya. Cetusan idea kurniaan Allah dan sekadar berkongsi dengan sesiapa jua.

Cikgu jang :

insyallah ade rezeki kita lawan bola nanti.

Mimie.Candy Cane said...

'dalam' entry aok ni..berfikir koi kejap..

koi mari terjah sini kot2 ade nasik2 ...

team_TP said...

ada klas... buat cerpen pulak...

Fadh said...

mimie :

molek kita berfikir...jgn malas berfikir...nanti otak jadi tepu

nok nasi, gie blog poyotitos dan kordi...kat sini xjual nasi.

team_tp :

terima kasih...insyallah, akan cuba menulis cerpen pula nanti.

poyotito's said...

lain benor dah rupa paras blog aok ni yak?

Fadh said...

poyotito's:

nampok sgt aok dh lame xke blog koi nie...lain goner nye weh...cer kabor ke koi...

bno.sabakbernam said...

salam. kami link blog tuan. tlg link kami juga. tk.
# nursyazalina (akudenanz ayh saya)

Fadh said...

bno.sabakbernam :

terima kasih kerana sudi link blog ini dan insyallah akan link blog anda juga.

si para para said...

cerita ni ada terselit pengajaran..padah mengikut nafsu..

jarang baca cerita macam ni..emm teringat masa buat karangan zaman sekolah dulu..

Fadh said...

si para para :

terima kasih di atas komen yang diberi...adakalanya kita perlu berfikir dari sudut yang berbeza.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...