Suka Blog Ini?

Ikut Dengan Email

Hati Seorang Isteri

14 December 2010

195 : Puasa Sunat 10 Muharam

 
" Seafdhal-afdhalnya selepas Ramadhan ialah pada bulan Muharam dan seafdhal-afdhalnya solat selepas solat fardhu ialah solat malam" -(Riwayat Muslim)

"Barangsiapa yang berpuasa pada hari Asyura (10 Muharam), maka Allah Taala akan memberikan kepadanya pahala 10,000 malaikat dan 10,000 orang yang menunaikan Haji dan Umrah dan 10,000 orang yang mati syahid. Dan barangsiapa yang mengusap kepala anak-anak yatim pada hari tersebut maka Allah Taala akan menaikkan darjat beliau dengan setiap sehelai rambut satu darjat. 

"Dan sesiapa yang memberi makan kepada orang mukmin yang berbuka puasa  pada hari Asyura maka Allah Taala memberikannya pahala seolah-olah memberi makan kepada seluruh umat Islam yang berbuka puasa dan mengenyangkan perut mereka".

Oleh itu, marilah kita merebut peluang yang Allah berikan dengan sebaik-baik. Sesungguhnya ganjaran yang Allah janjikan amat besar. Semoga Allah menjadikan kita sebahagian dari hambaNYA yang bertaqwa. Insyallah.

4 comments:

zetty said...

byk sungguh peluang yang diberikan...alhamdulillah...akan sy cuba untuk laksanakan...amin...

Fadh said...

zetty :

sama2 kita beramal...insyallah.

bayu timur said...

insyaALLAH klu yg wajib sudah dibuat yg sunat akan turut serta..

Fadh said...

bayu timur :

insyallah.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...