Suka Blog Ini?

Ikut Dengan Email

Hati Seorang Isteri

04 November 2010

189 : Hanya Kerana Kita Melayu


Lorong-lorong yang kita lewati
adalah jalan hidup yang mati
berbaur dalam kancah diri
sebati dalam adunan noda dan pahala
menjadi tabiat tanpa sedar
menjadi ralit tanpa duga.

Telah kita lumuri lumpur di wajah hati
menjadi gering berkudis nista
hingga rebah longlai tersungkur
dalam kembara diri yang payah. 

Sampai bila harus kita berkeluh resah
menatap hari-hari berputar pergi
sedang kita masih termangu
meratap gemilang kelmarin.

Kelmarin adalah sejarah
yang terselit di dada berdarah
menjadi busung yang bernanah
dalam jiwa-jiwa yang masih terjajah.

Bangkitlah jiwa-jiwa kerdil
kita susun derap langkah beriringan
bersama kita mendaki puncak persada
kita pacakkan panji-panji kemenangan
kita laungkan semangat teguh membara
bahawa kita layu bukan kerana kita Melayu.

Fadhlur Rahman Jamaluddin
16.11.2009
Darul Fikri, Bera

2 comments:

sahrunizam abdul talib said...

Salam,

Puisi yang bagus. Cubalah hantar ke akhbar.

Blog lama dah tutup. Saya dah pindah ke http://szirdina.blogspot.com

Fadh said...

sahrunizam ;

terima kasih...insyallah akan cuba hasilkan puisi baru untuk dihantar ke akhbar....masih perlukan tunjuk ajar dari abang...banyak lagi kekurangan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...