Suka Blog Ini?

Ikut Dengan Email

Hati Seorang Isteri

03 November 2010

188 : Bukan Kerana Nama



Tanggal 4 Oktober 2006...wujudlah blog ini dengan tema Aku Masih Di sini...pada asalnya hanyalah untuk suka-suka sahaja tapi disebabkan oleh keterbiasaan maka ianya menjadi sesuatu yang menyeronok dan menyenangkan...

Tahun 2007...aku menyepi...lama juga hampir setahun tanpa sebarang entri...namun aku tetap mengekalkan blog ini walaupun bersawang...aku pun tak tahu kenapa aku tiba-tiba hilang mood... mungkin kerana orang yang memperkenalkan aku dengan dunia blog telah pun memadamkan blognya...

4 Oktober 2008...di saat kemeriahan Aidilfitri disambut girang gembira oleh umat Islam...aku turut menyambut ulangtahun ke-2 blog aku nie...walau tiada majlis rasmi bagi meraikannya...namun kewujudan blog ini amat besar erti dan membawa sejuta makna kepada aku...

4 Oktober 2009...aku benar-benar terlupa akan tarikh bermulanya aku berblog. Setelah beberapa hari apabila aku melihat senarai entri yang telah aku tulis, tiba-tiba mata aku tertarik pada entri yang ke 64. Oh rupanya aku semakin menyepi.

Dan pada 4 Oktober yang lalu, aku buat-buat lupa akan tarikh kewujudan blog ini. Memang aku sengaja mendiamkan diri seketika kerana aku agak sibuk dengan urusan harian. Ditambah pula dengan kerosakkan laptop serta kerja-kerja memindahkan entri-entri lama ke blog khusus mengikut tahun. Ini disebabkan aku ingin meringankan blog supaya ianya mudah untuk dilayari.

Bagi aku...blog akan mendatangkan manafat sekiranya digunakan dengan cara yang betul dan blog juga boleh mendatangkan keburukkan jika ianya disalahgunakan...blog tempat aku meluahkan segala rasa yang aku rasa...blog tempat aku berkongsi ilmu pengetahuan dan pengalaman yang berguna untuk dikongsi bersama...blog adalah medium untuk mengeratkan ikatan silaturrahim sesama insan...dan blog juga selalu digunakan oleh pihak tertentu untuk menyebarkan fitnah...memarakkan lagi api persengketaan...dan bermacam2 lagi perkara yang boleh mengundang musibah...

Oleh itu...aku berblog bukan kerana nama, pangkat, harta mahu pun kuasa...aku berblog hanya kerana aku adalah aku dan aku ingin menjadi aku yang seadanya...

p/s: Bagi yang belum mengetahui asal-usul kejadian blog nie...bolehlah baca entri nie...tue pun kalau sudi...

5 comments:

♥ manje ♥ said...

salam cikgu

blog ini pon masih diingati
wlpn update nya jarang2 sekali

Mutiara said...

saya pernah mencari entri pertama blog ini.... dan telah membaca entri lama.....

piewahid said...

insya-Allah berblog boleh menjadi sedikit bekalan kita ke akhirat jika betul caranya.

relevan said...

Selamat berblog senalor..

Fadh said...

manje :

thanks kerana masih mengingati blog ini...memang benar, jarang2 blog ini diupdate...ada ketikanya sibuk sangat...tapi yang selalunya MALAS hehehe

mutiara :

thanks kerana sudi membaca entri2 di blog nie...entri2 lama telah pun dipindahkan ke blog lain...harap terus sudi membaca blog ini... :)

piewahid :

insyallah...

Relevan :

koi bukak sokmo blog cuma jarang nak update dan jarrang nok ngomen...sekadar jadi pembaca senyap jer hehehe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...