Suka Blog Ini?

Ikut Dengan Email

Hati Seorang Isteri

08 September 2010

182 : Di Hujung Ramadhan Ini



Ramadhan kian melabuhkan tirainya. Syawal bakal menjelma. Di hujung Ramadhan ini, marilah berdoa semoga Allah akan mempertemukan kita dengan Ramadhan yang akan datang. Dan berdoalah moga segala amalan yang kita lakukan sepanjang Ramadhan ini diterima dan diganjari oleh Allah SWT.

Di hujung Ramadhan ini jangan pula kita asyik dengan persiapan untuk menyambut ketibaan Syawal. Berbelanjalah mengikut kemampuan. Usah diturutkan kata nafsu. Beringat sebelum terlewat. Jangan nanti selepas raya terpaksa meminjam kerana semua wang sudah habis dibelanjakan.

Di hujung Ramadhan ini, janganlah dilupakan pada kewajipan menunaikan zakat fitrah bagi diri sendiri dan mereka yang berada di bawah tanggungan kita. Bagi yang bekerja makan gaji, seeloknya zakat dibayar di tempat/kawasan/daerah atau negeri kita bekerja. Bagi negeri Pahang, zakat fitrah telah ditetapkan sebanyak RM7 seorang. Seeloknya kita menyegerakan untuk membayar zakat fitrah kerana dikhuatiri kita akan terlupa lantaran sibuk dengan persiapan menyambut Aidilfitri.

Dan di akhir Ramadhan ini juga janganlah kita lupa pada mereka yang kurang bernasib baik seperti fakir miskin, anak-anak yatim dan mereka yang memerlukan pertolongan. Andai ada rezeki lebih, hulurkan sekadar yang mampu bagi meringgankan beban yang mereka tanggung supaya mereka dapat meraikan lebaran yang mulia ini dengan perasaan yang gembira. Semoga Allah akan memberkati hidup kita di dunia dan akhirat.

salam aidilfitri untuk semua...maaf zahir batin.

6 comments:

manje said...

salam aidilfitri buat cikgu sekeluarga ~

piewahid said...

terima kasih atas peringatan. mmg betul dalam bergembira jgn lupakan yang berduka. setidak2nya zakat fitrah jgn di lupa

**********************************

1. Selamat Hari Raya Maaf Zahir Batin.

2. Semoga segala doa, ibadah dan taubat kita dimakbulkan-Nya dan semoga berbahagia dunia akhirat.

3. Terima kasih sudi menjalin silaturrahim yang sungguh bermakna & berkongsi pengalaman yang sangat berharga.

4. Berhati-hati di jalanraya

Fadh said...

manje :

salam aidilfitri untuk manje sekeluarga

piewahid :

insyallah...sama2lah kita mencari keredhaanNYA

selamat hari raya aidilfitri...ada rezeki boleh kita berjumpa

CekWa said...

selamat Hari Raya Maaf Zahir dan batin dari cekwa pada aok sekeluarga, semuga berseri di hari raya ini.

relevan said...

Selamat hari raya cikgu..maaf zahir batin..

Fadh said...

cekwa, selamat hari raya

relevan, salam aidilfitri

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...