Suka Blog Ini?

Ikut Dengan Email

Hati Seorang Isteri

25 July 2011

224 : Puasa Dulu-Dulu




Pejam celik pejam celik dah nak puasa balik. Nasib baik koi pejam boleh celik balik. Buatnya koi pejam tak celik-celik, maknanya koi sedang menaip dari dalam kubur sambil kena libas dengan malaikat.

Dulu, koi dengan puasa memang tak berapa nak kacip. Kalau dikacipkan juga boleh mendatangkan penyakit gastrik. Koi bukan tak nak puasa tapi cacing belaan dalam perut akan merayu dan merintih mengharapkan simpati koi. Koi pula jenis yang tak tahan dirayu. Lagi pun kalau koi puasa, mati kelaparanlah cacing peliharaan koi nanti. Koi tak nak disaman oleh Kesatuan Cacing Kebangsaan. Kalau koi kena saman, koi nak bayar dengan apa? Tak kan nak bayar dengan bulu hidung kot.

Bab yang paling koi lemah ialah bila nak bersahur. Waktu yang paling enak tidur ialah waktu dekat-dekat nak masuk Subuh. Waktu nie keenakan tidur lain macam sikit. Dia punya enak memang tahap dewa. Tapi koi bangun juga sahur. Orang kabor elok dilewatkan bersahur. Jadi koi pun bersahur di akhir waktu iaitu sebelum Subuh. Lepas jer masuk Subuh, koi pun masuk bilik sambung tidur semula. Tengah sedap-sedap layan mimpi yang diulit Syaitan, mak koi jerit suruh bangun solat Subuh. Koi bangun sambil melangkah longlai dengan mata terpejam menuju bilik air.


Bab yang koi paling suka mestilah masa berbuka. Bukan koi seorang jer yang suka masa berbuka. Semua orang yang berpuasa pasti suka masa berbuka. Acer kabo ke koi mengkala ada yang berpuasa tapi tak suka masa berbuka. Bior koi lempang. Selalunya mak koi akan masak juadah berbuka. Jarang amat berbelinya. Ye laa kan, dulu mana laa ada sangat nye orang berjual. Mengkala ada pun, 2-3 orang. Jualan nye pun tak banyak. Karipap, kuih sagu dan tauhu sumbat. Itu jer laa juadah yang dijual.


Tapi itu laa bila dah berumur nie, dah berbini dan dah ada anak-anak nie, perasaan nak berpuasa te dia jadi lain macam. Rasa macam nak sambut raya pun ada. Bukan apa, bila dah ada anak kena laa ajar anak-anak berpuasa. Dulu mak ayah yang ajar koi berpuasa. Sekarang nie masa koi pulak ajar anak-anak berpuasa. Koi harap amat anak-anak koi tak ngikut perangai koi berpuasa masa kecik-kecik dulu. Kalau ada yang ngikut, reti laa koi nak buat goner. 

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...