Suka Blog Ini?

Ikut Dengan Email

Hati Seorang Isteri

02 August 2010

169 : Sesekali Merepek (sambungan)

Disebabkan adanya permintaan untuk sambungan entri 'sesekali merepek', maka aku dengan senang hatinya menyambung...ikuti kesudahannya.

i
ini mak ayah gua...

Dalam gua sedang khusyuk beraksi depan Tok Bilal, tiba-tiba suara garau lagi parau memberi salam. Gua toleh belakang. Pak Imam sedang membasuh kaki di tangga masjid. Gua 'auto' sengih bila ternampak kelibat seseorang di belakang Pak Imam. Hati gua berlagu girang. Hajat gua yang terpendam sejak dua menjak bakal terkabul.

Usai azan dilaungkan, gua pun bingkas mengambil 'port' beberapa meter di belakang Pak Imam. Pak Imam angkat takbir. Gua pun angkat tabir. Suara gua bagi 'adjust' sesedap telinga gua mendengarnya. Pak Imam rukuk, gua pun rukuk. Pak Imam sujud, gua pun sujud. Pak Imam bagi salam kanan dan kiri, gua pun bagi salam kanan kiri. Pak Imam tadah tangan berdoa, gua pun tadah tangan berdoa.

Tok Bilal pun beriqamat. Pak Imam sudah 'stand by' kat saf depan sekali. Gua pun join sama. Ada 4-5 orang lagi yang sama-sama berdiri menanti 'takbirratulihram' Pak Imam. Gua dah lama 'ready'. Kekuda kaki gua pasang sekejap mungkin. Bimbang nanti gua terlena. Lafaz dan niat solat Subuh gua laras baik-baik. Sebaik Pak Imam selesai mengiamkan diri, gua pun mengangkat takbir. Tangan gua angkat secukup rasa. Suara gua kasi iras-iras Jamal Abdillah.


Suara Pak Imam mengalunkan Surah Al-Fatihah jelas kedengaran. Gua memusatkan pendengaran gua mendengarnya. Masa Pak Imam baca Surah Al-Fatihah, gua masih 'steady' lagi. Tapi bila Pak Imam baca surah selepas itu, gua jadi khayal. Suara Pak Imam makin lama makin sayup. Mata gua makin mengecil. Sesekali imbasan wajah anak dara Pak Imam mengusik gua. Wajah yang menjadi pujaan gua seakan-akan melambai dan mengamit mesra. Gua rasa tubuh gua semakin ringan. Terapung-apung di awangan.


Gedeganggggg...!!! Tiba-tiba gua terasa pedih. Gua buka kelopak mata. Gua tengok Pak Imam sedang rukuk. Tapi apa kes gua tiarap atas sejadah pula. Antara sedar tak sedar, gua sedang melarikan diri. Sayup-sayup gua dengar suara Pak Imam sedang membaca Surah Al-Fatihah rakaat kedua. Gua pecut selaju mungkin. Gua tahan pedih di hati. Air mata gua berjuraian di pipi. Bukan kerana sakit. Tapi kerana harapan menggunung gua kini lebih rendah dari busut. Punahlah kini harapan gua untuk menjadi menantu Pak Imam.


nota cuping telinga :
cerita ini rekaan semata...tiada kena mengena dengan yang hidup mahu pun yang telah mati...terutamanya diri aku sendiri hahahaha.

11 comments:

endiem said...

Tok imam mana nampak belakang... buat steadi je..

al-mankaraqi said...

mender ke heinyer cuyat? koi x paham

Fadh said...

endiem:

pak imam dengar bunyi tersembam te hehehe

usop:

xde mende...saje jer merepek meraban

Jejaka Desa said...

Haru weh...

piewahid said...

hehehe...
tak kisohlah mende2pun, janji koi gelok!

team_TP said...

bagaikan peristiwa benar je...

Don Balon said...

Aok pasti ni bukan kisoh rekaan?
Bukan ni kisoh aok di kampung lebai mahmud seberang sungei tu ke? kuikui..

dzul said...

ada la ni sapa2..aok takut nok menyebotnye dak..haha

Fadh said...

jejaka desa:

mmg haru klau itu kisah benar hehehe

piewahid:

sesekali mempedo'oh best jugek hehehe

teamtp:

dok ah...nie kisoh rekaan jer

don balon:

hahaha mane ade weh...

dzul:

hehehe koi mmg reka citer nie...tp mgkin pernoh terjadi pade sape2 kot hahaha

Don Balon said...

fadh..
pengajarannya..
Biarlah hijrah kita kerana Allah..bukan kerana wanita machanc ada soranc "sahabat" zaman nabi hijrah ke Madinah dulu...

Fadh said...

don balon:

betul tue...inilah mesej yg koi cube sampaikan dlm citer koi nie hehhee

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...