Suka Blog Ini?

Ikut Dengan Email

Hati Seorang Isteri

08 July 2010

Mimbar Jumaat : Mengharapkan Syafaat Nabi S.A.W



Dibaca Pada : 5 Mac 2010

Syafaat dari segi bahasa bermakna asy-syafa'(gandaan). Manakala dari segi istilahnya ialah meminta sesuatu kebaikan daripada yang lain untuk yang lain. Firman Allah dalam surah Al-Baqarah ayat 254 yang bermaksud: 

' Wahai orang yang beriman! Nafkahkanlah sebahagian dari rezeki yang telah Kami berikan kepada kamu, sebelum tibanya suatu hari(hari kiamat) yang tiada ada jual beli padanya, dan tidak ada persahabatan(yang memberi manafaat), serta tidak ada pula pertolongan syafaat(tanpa izin daripada Allah). Sedangkan orang kafir itulah orang yang zalim '.

Sabda Rasulullah SAW dalam hadisnya yang diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim dari Abu Hurairah r.a yang bermaksud:

' Setiap nabi memiliki doa yang mustajab, maka setiap nabi telah menggunakan doa tersebut. Dan aku menyimpannya sebagai syafaat bagi ummatku kelak di hari kiamat. Maka, syafaat tersebut, Insyallah akan didapati oleh setiap orang dari ummatku yang mati dalam keadaan tidak menyekutukan Allah Taala dengan suatu apa pun '. 

Allah tidak meredhai orang-orang kafir dan musyrik untuk mendapat apa-apa syafaat pada hari kiamat nanti.

Beriman dengan adanya syafaat adalah wajib, maka antara yang dapat memberikan syafaat kepada kita pada hari kiamat ialah para nabi, ulama, syuhada dan malaikat. Ada pun fahaman yang mengatakan syafaat nabi bukan ajaran Islam adalah menyalahi pegangan ahl al-assunnah waljamaah.

Antara syafaat nabi ialah mengeluarkan orang-orang Islam dari neraka yang melakukan maksiat yang tidak sempat bertaubat sebelum mati.

Ada pun mereka yang mendapat syafaat adalah dari kalangan orang Islam yang melakukan dosa-dosa besar. Sabda Rasulullah SAW dalam hadis yang diriwayatkan oleh Ibnu Hibba yang bermaksud:

' Syafaatku adalah untuk umatku yang melakukan dosa-dosa besar '.

Nabi Muhammad merupakan orang pertama dari kalangan nabi yang memberi syafaat dan diterima syafaatnya di hari akhirat kelak. Baginda juga memiliki al-syafaatul al-uzma iaitu syafaat agung yang dapat memberikan pertolongan kepada umat Islam pada hari kiamat.

Orang-orang kafir pula tidak akan mendapat syafaat bahkan diazab dengan azab yang pedih.

Syafaat tidak akan berlaku kecuali mereka yang beriman kepada Nabi Muhammad; sebagaimana yang disabdakan oleh Rasulullah kepada anaknya, Fatimah dalam hadis yang diriwayatkan oleh bukhari yang bermaksud:

' Wahai Fatimah binti Muhammad! aku tidak mampu menyelamatkan kamu daripada api neraka jika kamu tidak beriman kepadaku; adapun di dunia aku mampu memberikan harta kepadamu tetapi di akhirat aku tidak mampu menolongmu jika kamu tidak memeluk Islam '.

Antara langkah untuk mendapatkan syafaat nabi Muhammahd ialah:

PERTAMA: Memperbanyakkan selawat ke atas nabi Muhammad SAW terutama pada hari Jumaat. Rasulullah bersabda yang diriwayatkan oleh Bukhari yang bermaksud:

' Sesungguhnya hari yang paling mulia bagi kamu ialah hari Jumaat, maka perbanyakkanlah berselawat ke atasku kerana selawat kemu dibentangkan kepadaku '. 

Sesiapa yang mendengar seseorang menyebut nama Nabi Nuhammad SAW hendaklah terus menyahut 'Sallallahu'alaihiwasallam '.

KEDUA: Mencintai Rasulullah lebih dari keluarga, harta dan dunia seisinya. Antaranya ialah dengan kita melaksanakan apa yang disuruh dan meninggalkan larangannya.

KETIGA: Sentiasa berdoa kepada Allah dengan berselawat menyebut nama nama Nabi SAW. Inilah hujah bertawassul dengan nama Nabi SAW dan dakwaan yang mengatkan bahawa tawassul itu adalah syirik. Dan seafdhal-afdhal doa yang mustajab kepada Allah dengan berselawat kepada Nabi Muhammad.

KEEMPAT: Menunjukkan rasa kasih kepada Nabi Muhammad SAW dengan sentiasa menyambut sambutan maulidur rasul terutama dalam bulan rabiul awwal sekarang ini dengan membaca kisah kelahiran Rasulullah dan sejarah perjuangannya.

Rasulullah SAW bersabda yang diriwayatkan oleh Darul Qutni yang bermaksud: 

' Barangsiapa yang menziarahi kubur maka wajib baginya mendapat syafaatku '.

Sempena dengan bulan maulidur rasul ini, marilah kita memperbanyakkan berselawat ke atas baginda, mudah-mudahan kita tergolong dari kalangan umat Nabi Muhammad yang mendapat syafaat besar pada hari kiamat. 

6 comments:

Don Balon said...

Kesimpulannya jangan sekali-kali menghampiri syirik, macam puok sotong kurita tu.. :)

Fadh said...

don balon :

mmg betul laa...si kurita tue mmg menyesatkan...

EYANG RESI 313 said...

Keindahan yang kelihatan pada seseorang itu bukanlah kerana pakaian yang menghiasinya atau wajah yang mengungguli kecantikan atau ketampanannya. Tetapi keindahan yang sebenarnya adalah pada ilmu dan adab yang dipraktikkannya

Fadh said...

eyang resi 313:

terima kasih kerana sudi berkunjung dan sudi berkongsi ilmu.

si para para said...

salam ukhwah..
terima kasih atas perkongsian ilmu ini..semoga kita di kurniakan syafaat di sana kelak..


mohon izin kebenaran tepek link entri ni kat entri saya..

syukran. :)

Fadh said...

si para para:

Silakan...moga ada kebaikan yg dapat dikongsi bersama.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...