Suka Blog Ini?

Ikut Dengan Email

Hati Seorang Isteri

26 September 2010

184 : Lat Tali Lat Tali Tam Plom

Entri ini bukanlah bertujuan untuk memburukkan mana-mana pihak. Sekadar untuk menegur ke arah kebaikan.


Aku bukanlah penyokong mana-mana parti politik...baik Umno mahu pun PAS apatah lagi MIC, MCA atau DAP. Cuma aku sekadar memerhati dari kejauhan akan kemelut dan kepincangan yang membadai politik negara dewasa ini. Selama ini tiada satu pun entri aku di blog ini yang berbaur politik dan aku sememangnya tidak suka untuk membicarakan soal politik. Namun aku seakan terpanggil untuk  berkongsi rasa dan pendapat.

Bera merupakan sebuah daerah yang terletak di negeri Pahang. Terkenal dengan keindahan dan keaslian alam semulajadi di Tasik Bera sehingga mendapat pengiktirafan antarabangsa. 
 
Dalam pilihanraya umum yang ke 12, Barisan Nasional(BN) menerusi UMNO telah memenangi kerusi Parlimen Bera dan 2 daripada 3 kerusi DUN  iaitu Guai dan Kemayan. Manakala DAP masih utuh mengekalkan kerusi DUN Triang. 

Di bawah pemerintahan BN, Bera semakin hari semakin mengorak langkah dalam pelbagai bidang. Kemajuan dan kepesatan ekonomi semakin dirasai oleh penduduk Bera. Tambahan pula apabila Ahli Parlimen Bera telah dilantik menjawat jawatan menteri dalam kabinet Malaysia, dapat dilihat pembangunan di Bera dipacu hebat.

Namun begitu masih terdapat lompang-lompang yang perlu ditampung oleh pihak yang memegang amanah yang diberikan oleh penduduk Bera terutama dalam soal pembangunan kerohanian. 

Telah heboh dicanang tentang...bersambung laa plok keh keh keh

4 comments:

Cikgu Jang .. said...

Salam rodong....yg aok mintak tolong dr koi ter, sebenornya koi dah lupa dah cara nak buat, tapi ce aok cari dlm blog ni...mboh berjumpa agok koi...http://maribinablog.blogspot.com/

Fadh said...

terima kasih laa weh,,,koi dh jumpe dh...dh letok kan pun kt blog koi nie

sis_fazi said...

cesh...tulis sekerat, pastu entah bila nak sambungnya!!!!!!!

Fadh said...

sis_fazi :

nak kena sambung ke? Rasa2 nye xde sambungan dah hehehe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...