Suka Blog Ini?

Ikut Dengan Email

Hati Seorang Isteri

09 July 2010

164 : Jawapan Yang Penuh Hikmah

Suatu hari, Imam Al-Ghazali berkumpul dengan murid-muridnya. Lalu Imam Al-Ghazal bertanya, 'Apakah yang paling dekat dengan diri kita di dunia ini? '. Murid-muridnya menjawab, 'Orang tua, guru, kawan dan sahabat'.

Imam Al-Ghazal menjelaskan bahawa semua jawapan itu benar. Tetapi yang paling dekat dengan kita ialah "MATI". Sebab itu sememangnya janji Allah SWT bahawa setiap yang bernyawa pasti akan mati. (Ali Imran:185)

Lalu Imam Al-Ghazali meneruskan pertanyaan yang kedua, 'Apa yang paling jauh dari kita di dunia ini?'. Murid-muridnya menjawab, 'Negara China, bulan, matahari dan bintang-bintang '.

Lalu Imam Al-Ghazali menjelaskan bahawa semua jawapan yang mereka berikan adalah benar. Tapi yang paling benar ialah "MASA LALU". Walau dengan apa cara sekalipun kita tidak dapat kembali ke masa lalu. Oleh sebab itu kita harus menjaga hari ini dan hari-hari yang akan datang dengan perbuatan yang sesuai dengan ajaran Islam.

Lalu Imam Al-Ghazali meneruskan dengan pertanyaan yang ketiga, 'Apa yang paling besar di dunia?'. Murid-muridnya menjawab, 'Gunung, bumi dan matahari'. 'Semua jawapan itu benar,' kata Imam Al-Ghazali. Tapi yang paling besar dari yang ada di dunia adalah "NAFSU"(Al-Araf:179). Maka kita harus berhati-hati dengan nafsu kita, jangan sampai nafsu membawa kita ke neraka.

Pertanyaan keempat adalah, 'Apa yang paling berat di dunia ini?'. Ada yang menjawab "besi dan gajah". 'Semua jawapan itu adalah benar', kata Imam Al-Ghazali. Tetapi yang paling berat ialah "MEMEGANG AMANAH"(Al-Ahzab:72). Tumbuh-tumbuhan, binatang, gunung dan malaikat, semuanya tidak sanggup ketika Allah meminta mereka menjadi khalifah(pemimpin) di dunia ini. Tetapi manusia dengan sombongnya menyanggupi permintaan Allah SWT sehingga banyak yang masuk neraka kerana tidak dapat memegang amanah.

Pertanyaan Imam Al-ghazal yang kelima adalah, 'Apa yang paling ringan di dunia ini?'. Ada yang menjawab "kapas, angin, debu dan daun-daunan". Imam Al-Ghazali membenarkan jawapan murid-muridnya tetapi yang paling ringan di dunia ini adalah "MENINGGALKAN SOLAT". Gara-gara pekerjaan, kita meninggalkan solat, gara-gara bermesyuarat kita meninggalkan solat.

Dan pertanyaan Imam Ghazali yang keenam adalah, 'Apakah yang paling tajam di dunia ini?'. Murid-muridnya menjawab dengan serentak, "pedang". Benar kata Imam Al-Ghazali tetapi yang paling tajam ialah "LIDAH MANUSIA" kerana melalui lidah, manusia selalunya menyakiti hati dan melukai perasaan saudaranya sendiri.

3 comments:

Don Balon said...

Rodonc..
Terima kasih atas ingatan..
Koi teringat ada satu pagi dua tiga tahun sudoh..
koi terdengor ceramoh sorang ustaz di ikim.fm yang mengatakan "dibolehkan jamak solat bila ada meeting"..pergghh..gila aa ustaz tu..mengajor UIA koi tak ingat nama dia..ini mesti tinggalan Amina Wadud yang pernoh ngajor situ..
Setau koi yang bukan alim ni pun kalau meeting tu betul2 kritikal yang menyentuh kepentingan Islam, yang jika kita tiada akan menyebabkan kepentingan umat Islam terancam barulah diharuskan.. meringan-ringankan betul la ustart tu.. lepas tu tak penoh doh koi rasa ikim panggil dia..bahay bete..

Fadh said...

don balon:

banyok sgt dh yg menyesat dan mengelirukan dlm Islam skrg nie...yg sedih nye, golongan cerdik pandai agama sendiri yg menyesatkan dengan mengeluarkan pendapat berdasarkan lidah dan akal tanpa merujuk kepada Al-Quran, sunnah Rasulullah dan ijtmak ulama.

piewahid said...

t kasih atas tazkirah & sudi ingat mengingatkan...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...