Suka Blog Ini?

Ikut Dengan Email

Hati Seorang Isteri

12 June 2010

Mimbar Jumaat : Larangan Berjudi

                                                Dibaca Pada 8 Mei 2009

Mimbar hari ini ingin mengajak sidang Jumaat sekalian merenung dan berfikir sejenak terhadap larangan berjudi. Berjudi merupakan salah satu daripada dosa besar yang amat dilarang dan dikutuk oleh Allah SWT dan rasul-Nya. Perbuatan berjudi bermaksud meletakkan sesuatu pertaruhan bagi tujuan mendapatkan keuntungan yang besar tanpa usaha dan hanya mengharapkan untung nasib semata-mata.

Di negara kita terdapat amalan perjudiaan yang sifatnya bergantung pada nasib seperti membeli loteri, sport toto, empat nombor ekor dan seumpamanya. Selain itu terdapat juga perjudiaan yang sifatnya bertaruh seperti laga ayam, lumba kuda, pakau dan apa-apa permainan biasa juga boleh menjadi judi apabila dipertaruhkan. Hari ini terdapat aktiviti seolah-olah bukannya perjudian tetapi hakikatnya adalah judi seperti peraduan melalui sms yang menawarkan pelbagai hadiah lumayan. Dengan itu kita hendaklah berhati-hati agar tidak terperangkap dengan tipu muslihat peraduan oleh pihak penganjur yang hendak mengaut keuntungan melalui cara yang mudah.

Judi juga boleh terjadi dalam pelbagai bentuk permainan seperti bola sepak, golf, bowling, lumba motor, kereta, dam dan sebagainya. Permainan ini boleh tergolong sebagai judi jika ia melibatkan pertaruhan bagi kedua-dua pihak. Namun semua permainan jika tidak melibatkan pertaruhan dan juga tidak bertentangan dengan syarak maka ia diharuskan. Mereka yang memenangi mana-mana permainan adalah diharuskan menerima hadiah yang diberi oleh pihak ketiga iaitu penganjur.

Berjudi hukumnya haram dan setanding dengan perbuatan-perbuatan keji yang lain seperti meminum arak, bertenung nasib dan menyembah berhala. Sebagaimana firman Allah SWT dalam surah Al-Maidah ayat ke 90 yang bermaksud " Wahai orang-orang yang beriman sesungguhnya arak, judi, pemujaan berhala dan bertenung nasib dengan anak-anak panah adalah perkara keji yang termasuk perbuatan syaitan. Oleh itu hendaklah kamu menjauhinya agar kamu berjaya."

Baru-bari ini suatu perintah larangan telah dititahkan oleh Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Pahang ; iaitu masyarakat Islam Malaysia dilarang melawat dan/atau memasuki semua tempat atau premis yang digunakan sebagai rumah judi atau rumah perjudiaan terbuka sebagaimana yang ditakrif dalam Akta Rumah Perjudiaan Terbuka 1953(Disemak 1983) di negeri Pahang Darul Makmur. Ketahuilah bahawa sesiapa yang tidak mematuhi perintah ini adalah melakukan kesalahan di bawah seksyen 169 Enakmen Pentadbiran Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang 1982.

Perintah larangan ini hendaklah diberikan sokongan dan kerjasama oleh segenap lapisan umat Islam di Negeri Pahang agar bersama-sama membendung dan mencegah perjudiaan di Negeri Pahang, semoga kita beroleh keredhaan dan kemenangan di sisi Allah. Bagi mereka yang melanggar perintah ini boleh dikenakan hukuman denda sehingga dua ribu ringgit atau penjara tidak lebih 1 tahun atau kedua-duanya mengikut Enakmen Pentadbiran Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang 1982.

Terbitan Jabatan Mufti Negeri Pahang.


9 comments:

Mazru Majid said...

weii..........

fb dok dah yak...

Fadh said...

mazru :

koi skrg tumpu pd blog...fb te koi sekador jengok sekali sekali jek

endiem said...

bertaruh judi jugak..koi cop german

Fadh said...

endiem :

koi xmasuk campur!

Don Balon said...

Betul amat Fadh..
molek la aok tumpu blog..
koi pun nok mula balik..
fb memanc jaranc amat koi masuk..

Aok turun seremban lompat la krumoh koi.. 20 minit je dari somban..

Fadh said...

don balon :

hajat nye mmg nk tumpu blog tp masa koi skrg nie banyak sgt dh berbagi nye...dgn keje sekoloh, dgn anak2...kdg2 xdan langsung nk berblog...insyallah, koi sggh klau ke seremban nanti.

piewahid said...

t kasih sudi berkongsi khutbah. sama2 kita menentangnya.

Fadh said...

pie wahid :

sama2 laa hita berjuang menentang kemungkaran

LIPISLADY said...

Assalamualaikum, singgah kejap, terima kasih berkongsi ilmu...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...