Suka Blog Ini?

Ikut Dengan Email

Hati Seorang Isteri

30 June 2010

159 : Yang Patut Mansuh Tidak Dimansuhkan



Dewasa ini heboh memperkatakan tentang pemansuhan peperiksaan UPSR dan PMR. Jika dulu heboh sana - sini memperkatakan tentang PPSMI hingga kerajaan mengambil keputusan untuk memansuhkannya. Kini pemansuhan UPSR dan PMR pula dicanang seolah - olah peperiksaan yang menunjangi sistem pendidikan negara sejak sekian lama tidak ada manafaatnya lagi.


Menurut Kamus Dewan Edisi keempat, mansuh membawa maksud tidak berlaku lagi, batal, ditiadakan, terhapus; memansuhkan menjadikan tidak berlaku (sah dll) lagi, membatalkan, menghapuskan, meniadakan: perjanjian ini boleh diman-suhkan pd bila-bila masa pun; pemansuhan perbuatan (tindakan dsb) me­mansuhkan, pembatalan, penghapusan: ~ peperiksaan masuk ke sekolah menengah pd tahun 1964.



 Pelbagai pihak telah pun menyuarakan pendapat masing - masing ekoran usul memansuhkan peperiksaan tersebut. Ada yang menyokong malah ada yang membantah. Aku secara peribadi membantah usul untuk memansuhkan peperiksaan UPSR dan PMR. 


Bagi aku yang terlibat secara langsung dengan peperiksaan UPSR merasakan tindakan memansuhkan UPSR bagaikan mengundur ke belakang. Sewajarnya kerajaan memikirkan langkah terbaik untuk memantapkan lagi perlaksanaan peperiksaan UPSR dan PMR agar generasi yang dihasilkan oleh peperiksaan tersebut merupakan generasi yang dapat menggalas tanggungjawab memimpin dan mentadbir negara berlandaskan hukum Islam.


Memansuhkan peperiksaan UPSR dan PMR bukanlah jalan terbaik yang seharusnya diambil kerana masih banyak lagi perkara yang sepatutnya dimansuh sejak dari dulu tapi masih belum dimansuh sehingga kini. Pelesenan rokok, judi dan arak misalnya. Fikir - fikirkanlah.

5 comments:

RaFFLeSiA MeRaH said...

sy sokong sgt idea dan penulisan cikgu niiii.....sambil membaca blog sambil dihiburkan dgn lagu....best lagu tu cikgu tp sy x penah dgr lagu ni...hehehe, tp rasanya ni lagu2 lame zaman2 80an kan??? ahaksss....

Fadh said...

rafflesia merah :

terima kasih kerana sudi menjenggok blog koi nie...koi pn selalu gie blog aok tp koi xtgglkan komen pun.

lagu tue lagu kumpulan twins, tajuknya satu selamanya...lagu nie top pd pertengahan 90-an klau xsilap saya.

relevan said...

Kome pun tak setuju juga tentang penghapusan ini..

Zaman kome dulu tak ada lagi UPSr ..yang ada pernilaian darjah 5..kalu dia orang nak hapus UPSR dan gantikan semula dengan Pernilaian darjah 5 ok juge..he he!

Mazru Majid said...

mane butang LIKE nye......hehehe

Fadh said...

relevan :

klau mansuh upsr sbb nok buat balik penilainan darjah 5, itu seolah2 dh ludoh jilat balik...upsr perlu ditambahbaik agar hasilan nya nanti lbh berkualiti.

mazru :

koi xdan lg nok letok...dulu koi letok dh tp tukor template nie koi xdan lg.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...