Suka Blog Ini?

Ikut Dengan Email

Hati Seorang Isteri

28 June 2010

157 : Buat Baik Dibalas Baik Buat Jahat Dibalas Jahat

Fenomena 4 tahun sekali telah separuh jalan berlangsung. Rata-rata memperkatakan tentangnya. Baik di Dewan Rakyat, pejabat mahu pun di warung - warung kopi, topik utamanya pastilah Piala Dunia 2010 di Afrika Selatan.

Aku tidaklah fanatik  dalam menyokong mana - mana pasukan yang bertanding. Tidaklah setegar mana untuk bersengkang mata. Dan tidaklah pula bertaruh dalam mana - mana pasukan yang bakal memenangi piala keagungan dunia itu.

Perancis tersingkir awal dan menduduki tempat tercorot dalam kumpulan. Itali pun sama. Selaku juara Piala Dunia 2006, Itali mempunyai reputasi gah. Kedua - dua pasukan ini merupakan yang bertanding di perlawanan akhir 2006. Namun tersingkir di peringkat kumpulan.


Perancis layak ke Piala Dunia 2010 dengan cara 'kotor.' Tampanan tangan Thierry Henry sewaktu perlawanan 'play - off ' menafikan hak Ireland Utara untuk mengecapi aksi pusingan akhir. Dan musibah dari tindakan kotor itu kini diratapi seluruh rakyat Perancis.

Itali pula menerima balasan gara - gara tindakan Marco Matterazi yang memprovokasi Zidane sehingga Zidane melakukan tindakan yang tidak sepatutnya dilakukan oleh seorang pemain profesional lantas Zidane dilayangkan kad merah. Kekurangan seorang pemain jelas memberi kelebihan kepada Itali yang akhirnya memenangi saingan tersebut. Maka bolehlah dirumuskan bahawa penyingkiran Perancis dan Itali adalah hukuman yang setimpal di atas apa yang dilakukan oleh kedua-dua pasukan tersebut.

Dan dalam kehidupan seharian kita pun konsep 'Buat baik dibalas baik, Buat jahat dibalas jahat' sebenarnya amat sinonim dengan dosa pahala. Jika kita melakukan maksiat maka balasannya adalah dosa dan akan diazab di akhirat kelak. Jika kita melakukan kebaikan maka balasannya adalah pahala dan bakal menghuni syurga. Oleh itu, fikir - fikirkanlah untuk kebaikan bersama.

3 comments:

Webmaster@Echam said...

Salam rodong,
Moral of the story, berbuat baik berpada-pada.. buat jahat jgn sekali...

Fadh said...

webmaster@echam :

salah tue...buat baik jgn sekali, buat jahat berpada2...baru betui...klau buat jahat jgn sekali, makne nye kene buat jahat sokmo2 laa hehhehe

Don Balon said...

Itu baru sikit Fadh..
Di Perancis, tudung diharamkan di sekolah..
Di switzerland menara masjid tak boleh dibina lagi..
Inglan menjadi sekutu kuat Amerika yang mengganyang negara2 Islam di seluruh dunia, begitu juga Perancis..
Di Algeria, gerakan islam diharamkan dan pemimpin-pemimpin mereka dipenjarakan..

Sepanyol? Sejarah lama amat buruk, selepas kejatuhan al-Andalus orang islam dipaksa masuk Kristian atau dibunuh dan diusir bersama orang yahudi yang sebelum itu hidup aman bersama orang Islam dan Kristian. Masjid-masjid dibakar atau ditukar menjadi gereja. Ramai yang terpaksa merahsiakan keislaman, menyebabkan generasi kedua dan seterusnya menjadi Kristian beransur-ansur. Perkahwinan campur menjadi lumrah pada zaman itu. Bukan hanya orang Arab yang islam, orang putih pun ramai yang islam. Cuba wokme letok david Villa di Syria dan adakah orang perasan yang dia bukan Arab? Atau Raul? Atau Fabregas?

Namun itu semua sejarah lama yang menjadi iktibar. Sepanyol kini tidak melarang pemakaian tudung di sekolah, pernah ada pengetua sekolah yang melarang namun kecundang di mahkamah. Masjid-masjid dibina dengan banyaknya dan menggunakan pembesar suara, walaupun laungan azan tak sekuat Malaysia. Perdana menteri Jose Luis Rodriguez Zapatero atau nama melayunya Sabaruddin Tukang Kasut (zapatero=tukang kasut) pernah menyuarakan dalam majlis makan malam dengan pembesar Turki yang "Sepanyol sekarang amat bangga dengan warisan Islamnya". Berbeza dengan polisi perdana menteri sebelumnya yang sangat suka mengampu Bush, Zapatero mengambil pendekatan berbaik-baik dengan dunia Islam.

Moga Islam kembali gemilang di Semenanjung Iberia(Portugal, Sepanyol, Andorra, Gibraltar dan sebahagian Pays Basque Perancis), Semenanjung Tanah Melayu dan di seluruh dunia!

Allahuakbar!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...