Suka Blog Ini?

Ikut Dengan Email

Hati Seorang Isteri

27 May 2010

153 : Selamat Tinggal Facebook



 
Masuk minggu ketiga aku menyahaktifkan akaun Facebook. Sejujurnya aku ingin terus memadamkan akaun tersebut namun ternyata akaun Facebook tidak boleh dipadam terus. Sejak berkecimpung dalam dunia Facebook, pelbagai perkara telah aku pelajari. Ada yang membawa kebaikan yang boleh dijadikan tauladan. Tidak kurang juga yang mendatangkan kemudaratan yang sewajarnya dihindari.



Sepanjang 2 minggu yang lalu, kehidupan aku kembali kepada sediakala iaitu di saat aku belum mengenali apa itu Facebook. Masa yang terluang aku gunakan untuk membaca, hobi yang aku tinggalkan sejak mula ber'facebook'. Dan aku rasakan yang hidup aku kembali teratur dan tersusun serta merasakan ketenangan tanpa Facebook.


Kini, aku ingin kembali menyusur jejak-jejak aku di alam maya. Aku mula mengenal blog sejak 2006. Sejak itu aku menjadikan blog sebagai rutin yang aku gemari. Beberapa kali aku mendiamkan diri namun kembali aktif. Dan menjadi harapan aku agar kali ini aku akan dapat terus berblog walau hanya untuk diriku sendiri.


12 comments:

al-mankaraqi said...

steady cuyat.......I miss u hehehehe

dzul said...

fb x meriah tanpa cuyat..samada utk kebaikan atau keburukan fb sbnarnya byk buang masa dan kadang2 melalaikan..

Fadh said...

al-mankaraqi :

i miss u too

dzul :

itu di antara sbb ngape koi nyahaktifkan akaun fb...

endiem said...

selamat kembali..

relevan said...

Salam weh..comel weh..Kome ander juga Face bok..tak boleh sangat beria ria..akak mboh baling dengan bantal peluk..

Bingai @ Bangang said...

Blog anda telah tersenarai di e-Direktori Bloggers Malaysia di bawah kategori "A".

Anda dipelawa meletakan logo e-Direktori di blog anda.

Terima kasih diucapkan kerana mendaftar sebagai "Followers" di e-Direktori.

Fadh said...

endiem :

thanks.

relevan :

baling ngan bantal peluk xpe lg...buat nye dia baling ngan lesung batu...jenuh weh hehehe

Fadh said...

bingai @ bangang :

thanks sbb sudi meletakkan blog saya di e-direktori bloggers malaysia tapi rasanya blog nie tak sesuai dikategorikan sbgai blog agama.

kasutsaiz4 said...

mmm... aku dah penah kata, blog jugak yg best hehe..

Fadh said...

kasutsaiz4 :

mmg dr dulu lg aku lebih menyukai blog...tp ntah mcmana aku bleh terjebak dgn facebook, aku pn xsedar. ko rindu kat aku ke sejak aku xberfacebook nie hehehe

hai said...

fadh,camner nak wat kalo nak tutup account facebook tu??

Fadh said...

gie kat account setting...pilih deactivated dan settle dh.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...