Suka Blog Ini?

Ikut Dengan Email

Hati Seorang Isteri

27 May 2010

153 : Selamat Tinggal Facebook



 
Masuk minggu ketiga aku menyahaktifkan akaun Facebook. Sejujurnya aku ingin terus memadamkan akaun tersebut namun ternyata akaun Facebook tidak boleh dipadam terus. Sejak berkecimpung dalam dunia Facebook, pelbagai perkara telah aku pelajari. Ada yang membawa kebaikan yang boleh dijadikan tauladan. Tidak kurang juga yang mendatangkan kemudaratan yang sewajarnya dihindari.



Sepanjang 2 minggu yang lalu, kehidupan aku kembali kepada sediakala iaitu di saat aku belum mengenali apa itu Facebook. Masa yang terluang aku gunakan untuk membaca, hobi yang aku tinggalkan sejak mula ber'facebook'. Dan aku rasakan yang hidup aku kembali teratur dan tersusun serta merasakan ketenangan tanpa Facebook.


Kini, aku ingin kembali menyusur jejak-jejak aku di alam maya. Aku mula mengenal blog sejak 2006. Sejak itu aku menjadikan blog sebagai rutin yang aku gemari. Beberapa kali aku mendiamkan diri namun kembali aktif. Dan menjadi harapan aku agar kali ini aku akan dapat terus berblog walau hanya untuk diriku sendiri.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...