Suka Blog Ini?

Ikut Dengan Email

Hati Seorang Isteri

13 April 2010

152 : Zuriat Penyambung Waris

Muhammad Hadif Qayyim... inilah nama yang aku pilih untuk putera ke 5(4) dalam hidup aku. Muhammad bermaksud yang terpuji. Hadif bermaksud yang mempunyai matlamat. Qayyim bermaksud ketua.












Lahir pada 12 April 2010 tepat jam 11.10 minit pagi di Hospital Sultan Haji Ahmad Shah, Temerloh. Seberat 3.2 kg semasa dilahir. Proses kelahirannya amat mudah. Malah belum sempat aku menandatangani borang untuk menemani isteri, jururawat telah pun terkocoh-kocoh memanggil aku supaya segera masuk kerana kepalanya telah pun kelihatan. Sebaik aku tiba di sisi isteri, dengan sekali teran, lahirlah zuriat penyambung waris kami. Penambah bahagia dalam keluarga dan penyeri hidup kami sekeluarga. Syukur kepada ALLAH di atas rezeki yang diamanahkan kepada aku dan isteri. Dengan izinNYA, akan kami tunaikan amanah ini.

nota kaki dan mulut :

putera ke 5(4) : putera sulung aku meninggal selepas beberapa jam dilahirkan. 5 putera secara keseluruhan. 4 putera yang ada di depan mata.


18 comments:

endiem said...

Tahniah...

GaDiS KaMpUnG sEpArA BaNdAr said...

alhamdulillah selamat semuanya...

tahniah...

putera semuanya ye? nti dh besar budak2 tu kena keluar duit byk la kalo nk kawen..

hihi...

Fadh said...

endiem :

terima kasih

GKSB :

terima kasih. tak pe...itu akan menjadikan mereka lebih gigih berusaha hehee

Jejaka Desa said...

Tahnioh weh......

Mazru Majid said...

tahniah weh.,,,,

pantang la aok yak!hehehehe

piewahid said...

alhamdulillah & tahniah.
semoga menjadi anak yg soleh, cemerlang dunia akhirat.

Fadh said...

jejaka desa :

terima kasih

mazru :

terima kasih...berpantang??? hehehe

piewahid :

terima kasih...insyallah.

Don Balon said...

tahniah bahiya..
pepaleh..
punya lama koi tak memblog sampei ke aok bertambah ummat pun koi baru tahu..
hantor la sms weh..
koi melinteh sokmo pekan kerayong tu.. :)

FarhanaLicious said...

putera pun putera la. janji hemsem. huhu

IS said...

Tahniah ..... Comel baby-nya.

Fadh said...

don balon :

terima kasih...tue laa aok...kone menyepi? koi dh tukor no dh...takat melintas xnyinggoh xde makne nye hehehe

farhana :

terima kasih...hensem mcm bapak nye jugak kan hehehe

is :

terima kasih...biler lg nak try dpt baby girl hehehe...aku dh try tp masih belum berjaya hahhaaa

Don Balon said...

bagi la no baru aok weh..
nok jugek layan teh tarik free kerayong kuikui

serikandi said...

salam alaik..yg bhsa cina tu apa?virus ke?hehe..xbleh translate ke?xpaham la..

ntah mcm mana trbrowse blog abg ni..alang mlawat apa salahnya tglkan komen walau xpernah kenal..xsalah buat kwn blogger kan..sy pun budak br blajar senang2 mlawat la ke blog sy plak wlaupun masih kosong..tpp sudi2 la tglkn knangan di sana..

Fadh said...

serikandi :

selalu sgt dh...diorg nie wat iklan kat blog nie...thanks sbb sudi singgah...insyallah saya akan ke blog awak nanti.

Bingai @ Bangang said...

Blog anda telah tersenarai di e-Direktori Bloggers Malaysia

Anda dipelawa untuk menggunakan logo e-Direktori di blog anda.

Anda juga dipelawa mendaftar sebagai "Followers" untuk memudahkan saya menjejaki bloggers kenalan anda.

Sekian dan terima kasih!

Fadh said...

bingai @ bangang :

thanks.

Mazru Majid said...

TAHNIAH!! huhu baru nak ucap? dok dak..arite da ucap dlm FB te...

Fadh said...

mazru :

2 x dh aok ucap tahniah heheehe thanks.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...