Suka Blog Ini?

Ikut Dengan Email

Hati Seorang Isteri

10 April 2010

149 : Setitis Keringat Sesuap Rezeki

Gambar-gambar di bawah ini aku rakamkan 2 bulan yang lepas di Kampung Dato' Sri Hamzah, Kemayan, Bera Pahang. Projek tanaman cili ini diusahakan oleh bapa saudara isteri aku yang lumpuh dari paras pinggang ke bawah akibat kemalangan jalanraya hampir 15 tahun yang lalu. Namun ketidakupayaan beliau itu sedikit pun tidak melunturkan semangatnya untuk terus berdikari tanpa mengharapkan simpati sesiapa pun. Selain menanam cili, beliau juga menternak ayam kampung, puyuh, ikan dan itik. Berkat kegigihan dan kecekalan, dapatlah beliau meneruskan kelangsungan hidup yang kian mencabar. 

Saksikan gambar-gambar yang sempat aku rakamkan semoga dapat memberi inspirasi kepada semua . Walau sesukar mana pun halangan dan rintangan yang mendatangi kita, yakinlah bahawa Allah itu Maha Adil lagi Maha Pemurah. Selagi kita berusaha, DIA tetap akan memberikan kita rezekiNYA. Dan hendaklah kita mensyukuri tiap rezeki yang dikurniakan kepada kita. Moga-moga kita akan menjadi hambaNYA yang bersyukur.



4 comments:

piewahid said...

xde erti putus asa bagi yg cekal bahkan n3 ini mbuktikan bhw harapan dan impian mjadikan beliau terus 'hidup'.

moga limpah dan rahmat Allah utk beliau sekeluarga..

Fadh said...

piewahid :

selagi hidup selagi itu perlu berusaha. terima kasih.

Mazru Majid said...

cara amik gambo tu ala2 org duk perpustakaan selalu buat te..

Fadh said...

mazru :

hahaha xabis2 lagi anti ke org perpustakaan te hehehe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...