Suka Blog Ini?

Ikut Dengan Email

Hati Seorang Isteri

05 April 2010

144 : Belasungkawa Untuk Halimah Sulong


 
Halimah Sulong merupakan adik kepada emak aku yang telah pun menghembuskan nafasnya yang terakhir pada pukul 10.30 malam 4 April 2010. Dikesan menghidap penyakit kanser hati tahap ketiga iaitu tahap di mana tiada peluang lagi untuk sembuh. Pada peringkat awalnya beliau dikesan menghidap penyakit gastrik. Kemudian dikesan pula menghidap penyakit ulser dan terakhir penyakit kanser hati.

Beliau mempunyai 6 orang anak iaitu 4 perempuan dan 2 lelaki merupakan seorang yang tenang, penyabar, mengambil berat, penyayang dan sering mengukirkan senyum di bibir. Sejak aku kecil, aku sering bermain-main di rumahnya yang terletak berhadapan dengan rumah mak aku. Dan seringkali jua masakan beliau menjadi santapan aku.
 
Masih aku ingat, apabila pokok rambutannya berbuah,  beliau akan meminta pertolongan aku untuk memanjat dan memunggut hasilnya. Pernah sekali selepas aku menduduki peperiksaan SPM 94, beliau meminta aku memanjat dan memunggut rambutan serta menjualnya kepada peraih. Ketika itu di dalam bulan puasa. Hasil keseluruhan jualan rambutannya berjumlah RM1503.00 dan beliau tanpa perasaan kedekut memberikan aku RM500.00 sebagai upah dari penat lelah aku.

Banyak kenangan aku bersama beliau. Segalanya akan kekal dalam lipatan kenangan. Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas rohnya dan menempatkannya di kalangan orang-orang yang beriman. AL-FATIHAH.

5 comments:

endiem said...

takziah dan al fatihah.

Mazru Majid said...

innalillahi wa inna ilahi rojiun..

baik sgt orgnye...

Fadh said...

mazru :

arwah sememangnya seorang yang penyabar dan lemah lembut pertuturannya.

LotsOfLove-Pearls said...

Rest In Peace..

Fadh said...

LotsOfLove-Pearls :

thanks...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...